suria

Anta Permana, Ragaman tepati ramalan layak ke AJL 34

Lagu Anta Permana antara 12 lagu layak ke AJL 34.

LAGU ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Anta Permana yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan dinyanyikan Bob Yusof menjadi antara 12 lagu yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34).

Selain itu, 11 lagu lain turut terpilih ialah Drama nyanyian kumpulan Drama Band, Sumpah (NaimDaniel), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Ku Bersuara (Ernie Zakri), Bangun (Aman Ra) dan Ragaman (Fairuz Misran).

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa yang bakal membawakan lagu 'Anta Permana' di SFMM34? - “Hael Husaini belum pilih pengganti yang layak”

Manakala, Rampas (Akim & The Majistret), Dinda (Kugiran Masdo), Peneman (Hazama The Penglipurlara), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) dan Sumpah (Aina Abdul) turut layak ke pentas AJL 34.

Antara penyanyi yang bakal bersaing di pentas AJL 34.

Pengumuman itu dibuat di pentas Semi Final Muzik-Muzik 34 (SFMM34) yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada malam Jumaat.

SFMM34 telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut bermula 15 November lalu dengan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2019.

Minggu pertama menyaksikan lagu Drama nyanyian Drama Band dipilih sebagai lagu terbaik, manakala lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel pada minggu kedua.

SFMM34 dihoskan olen Haziq dan Sherry Al Hadad.

Juri profesional yang mengadili semi final kali ini ialah Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer sebagai ketua juri.

Anta Permana, AJL 34, Ragaman, Sumpah

Artikel Lain