suria

Jadi mangsa kandungan lucah, Adeline Tsen tidak teragak-agak ambil tindakan jika keterlaluan

Adeline akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menggunakan gambar miliknya.

PELAKON Adeline Tsen enggan memperbesarkan apa-apa isu yang mnegaitkan dirinya kerana memahami status sebagai seorang selebriti.

Bagaimanapun, Adeline atau nama sebenarnya Adeline Tsen, 32, berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan foto atau video miliknya atau ahli keluarga bagi tujuan tidak baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran Tak Setimpal Punca Adeline Tsen Jarang Berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Agama Bukan Halangan Cinta Adeline

"Mereka ini tak ada kerja... cuma nak viral dan ini adalah salah satu cara supaya orang ramai pergi tengok ke akaun dia. Letak tajuk panas-panas sekali tak ada apa-apa pun. Sekarang dunia viral... headline yang main peranan penting.

Beberapa selebriti lain yang turut menjadi mangsa kepada pemilik akaun Twitter @MPelakon.

"Bila orang ramai klik, mereka dapat banyak duit. Siapa yang pandai dalam IT memang mereka boleh guna cara ini untuk dapat duit. Tapi orang sebegini tak lama sebab duit mereka dapat tak berkat. Yalah, asyik cari kesalahan orang saja. Kalau nak orang klik, biarlah content yang bagus-bagus.

"Kalau terlalu melampau sehingga menyentuh ahli keluarga, saya tak teragak untuk ambil tindakan undang-undang sebagai pengajaran kepada mereka. Saya pun tak mahu drama sangat. Tapi kalau melibatkan keluarga, saya akan ambil tindakan," ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, sebuah video yang memaparkan Adeline sedang makan aiskrim dimuat naik seorang pengguna Twitter menggunakan nama @MPelakon dengan kapsyen berbaur lucah.

Kalau dah tua nanti saya dah tak boleh nak pakai seksi-seksi.

ADELINE TSEN

Pelakon

Hasil pemerhatian mStar juga mendapati selebriti lain seperti Uqasha Senrose, Chacha Maembong, Fatin Afeefa dan Zahirah McWilson turut menjadi mangsa.

Sementara itu, ketika disoal mengenai penampilannya yang dikatakan semakin seksi, pelakon drama Setelah Ku Dimiliki ini berkata, hal itu tidak sepatutnya diperbesar-besarkan netizen.

Malah, ibu-bapanya juga tidak pernah melarang atau meletakkan syarat dalam pemilihan pakaian biar pun kelihatan menjolok mata.

Penampilan Adeline dikatakan semakin seksi.

"Kalau dah tua nanti saya dah tak boleh nak pakai seksi-seksi. Ia akan jadi pelik. Lagipun dari dulu ibu bapa saya tahu saya suka pakai seksi.

"Kalau pergi ke event-event, saya pakai apa yang bersesuaian. Kalau pergi ke pool kenalah pakai pakaian renang... takkan saya nak pakai baju yang besar-besar?" katanya.

Adeline Tsen, seksi

Artikel Lain