suria

“Rindu nak pegang tangan ayah” - Anak tunggal Nassier Wahab kongsi foto pimpin tangan, undang sebak netizen

Intan Najihan luah rasa rindu terhadap bapanya Allahyarham Nassier.

ANAK tunggal kepada Allahyarham Datuk Nassier Wahab meluahkan rasa rindu kepada bapanya yang meninggal dunia pada pagi Khamis.

Intan Najihah, 22, berkata, dia rindu untuk memegang tangan bapanya dan memuat naik foto-foto kenangan berpimpin tangan bersama arwah Nassier.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ada minta maaf... tapi masa tu tak sangka dia nak pergi” - Isteri tenang cerita perbualan akhir dengan Nassier Wahab

ARTIKEL BERKAITAN: Nassier Wahab meninggal dunia selepas muntah darah

"Rindu nak pegang tangan ayah" ujarnya. 

Intan memuat naik foto di Twitter.

Penyanyi yang popular dengan lagu Memori Cinta Luka itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 12.45 pagi Khamis selepas muntah darah.

Allahyarham menderita penyakit kanser gusi sejak lima tahun lalu dan sudah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya pada 1 Jun lalu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi Khamis di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, Klang.

Sebelum ini, Intan meluahkan kesedihan dan menggambarkan bapanya menanggung kesakitan kerana penyakit itu.

Isteri Nassier, Datin Fatimah ditemui pada Khamis selepas jenazah selemat dikebumikan.

"Ayah, tenanglah di sana... Rehat lah selama-lamanya. Cukup kesakitan yang ayah tanggung selama ini. Suatu masa nanti kita akan bertemu lagi. Jiah sayang ayah,"

"Kembalilah, saya sangat memerlukan ayah. Kesakitan ini sukar untuk diluahkan.

"Saya merinduimu ayah... Saya sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan satu perbualan terakhir antara kita, satu pelukan terakhir dan satu lagi kata-kata semangat untuk saya menempuhi ujian ini" katanya lagi.

Sementara itu, rata-rata pengikutnya turut meninggalkan kata-kata semangat serta mendoakan yang terbaik buat Intan sekeluarga.

Nassier Wahad

Artikel Lain