suria

“Lebih baik lambat daripada buat keputusan yang salah” - Uqasha tidak cemburu kebahagiaan Nelydia Senrose

Uqasha (kiri) gembira dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat adiknya, Nelydia (kanan).

PELAKON Uqasha Senrose, mengakui tidak pernah berasa cemburu melihat kebahagiaan adiknya pelakon Nelydia Senrose dalam melayari kehidupan berumah tangga.

Malah katanya, dia sedikit pun tidak merasa tertekan dengan status bujang walaupun sudah berusia 27 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha sedih Nelydia dah kahwin, kenang peristiwa kena marah bulan puasa

ARTIKEL BERKAITAN: Nelydia Senrose beri bayangan nikah esok, terima ucapan tahniah

“Cemburu itu tak ada, saya sebagai kakak tumpang gembira bila tengok adik dah ada kehidupan baru, berumah tangga dan ada tanggungjawab lain,” 

“Perkahwinan Nelydia saya ambil yang baik-baik untuk dijadikan contoh bila sampai jodoh saya nanti. Soal kahwin, dah lama saya fikirankan cuma tak ada jodoh lagi,” ujarnya.

Uqasha tidak tertekan belum berkahwin pada usia ini.

Uqasha ditemui di majlis pelancaran produk penjagaan kulit, Salima Skin Solution di The KL Sky Clinic, Soho Suites KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.

Kegagalan dalam hubungan percintannya yang lalu membuatkan Uqasha lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

“Kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main. Bukan sebab seseorang itu berkahwin, kita pun kena kahwin dan bukan juga sebab kita berumur kita kena kahwin.

Bagi saya lebih baik lambat daripada buat keputusan yang salah.

UQASHA SENROSE

PELAKON

“Tidak, bagi saya lebih baik lambat daripada buat keputusan yang salah,” katanya.

Terdahulu, pelakon ini juga pernah terpalit dengan satu kontroversi berhubung isu berpeluk dan mencium adik iparnya, Hafeez.

Uqasha (kiri) bersama adiknya, Nelydia. FOTO:Instagram

Kontroversi tersebut menyebabkan Uqasha mendapat perhatian serta kecaman dari netizen.

Uqasha bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung kontroversi itu kerana tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

Nelydia Senrose atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 25, bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35 pada 6 April lalu dengan sekali lafaz.

Uqasha, cemburu, kahwin

Artikel Lain