NAMA Da'i Nik Ahmad Farhan mula hangat diperkatakan sejak minggu lalu selepas membuat pendedahan menikahi seorang janda beranak lapan yang dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah. Biarpun pada awalnya menerima pujian kerana kesanggupan dia berkahwin dengan ibu tunggal itu namun timbul perkara tidak enak didengar hingga menimbulkan kemarahan netizen. ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat! apa-apa yang mama tak reda, kamu tidak akan ke mana” - Adik Da'i Farhan kena 'block' kerana pertahan kakak ipar Semuanya bermula selepas rakan rapat isteri pertama Nik Farhan dikenali sebagai Ches Al-Maliki mendakwa kononnya pekahwinan pendakwah bebas dengan isteri keduanya itu berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama, Fatin. Da'i Farhan bersama bekas isteri dan adiknya. Malah, Ches juga mendakwa Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nurul Ain Mat Aris kini sedang sarat hamil anak kedua mereka. Bukan itu sahaja, pendakwah bebas itu juga mengakui dia sudah menceraikan isteri pertamanya menerusi rakaman suara yang dihantar di aplikasi WhatsApps. Adik kepada Nik Farhan iaitu iaitu Nik Fatma Amira meluahkan rasa kecewa terhadap abangnya yang bertindak menceraikan Fatin. Jom kita kenali siapa individu disebalik nama Da'i Nik Farhan 1. Nama penuhnya, Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad atau lebih dikenali sebagai Da'i Farhan selepas menjuarai program Da'i pada 2014. 2. Nik Farhan berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan kini berusia 29 tahun. 3. Bekas pemain bola sepak Kelantan bawah 17 tahun pada tahun 2007 menerusi posisi penyerang. 4. Nik Farhan berkahwin dengan Fatin pada 19 Februari 2015 dan bercerai dengan talak satu menerusi rakaman suara yang dihantar di WhatsApps pada Selasa. 5. Hasil perkongsian bersama Fatin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 1 tahun 4 bulan sementara wanita itu juga sedang hamil 7 bulan yang dijangka melahirkan anak lelaki pada Februari depan. 6. Nik Farhan pernah mendedahkan selama ini sudah 18 wanita mengajaknya untuk berkahwin namun wanita ke 19 iaitu Dr Aireen berjaya membuatkan hatinya terbuka untuk dijadikan isteri kedua. Kontroversi perkahwinan kedua dan perceraian bini petram Da'i Farhan hangat diperkatakan. 7. Dia juga mempunyai kelulusan dalam bidang Pendidikan Islam dan Pengajian Al-quran dari Universiti Malaya. 8. Mula dikenali selepas menjadi juara program realiti Da'i Pendakwah Milenia di TV3 pada 2014 dan membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta hadiah sampingan. 9. Nik Farhan juga seorang yang aktif sebagai pakar motivasi dan pendakwah di Malaysia. 10. Dia pernah menerima anugerah Tokoh Belia Kelantan pada 2015. 11. Pernah mengalami serangan penyakit pneumothorax (kegagalan paru-paru) ketika masih bertanding di minggu kelima program Da'i. 12. Memiliki ilmu Al-Quran dan bahasa arab menerusi pengajian di sebuah pondok di Kelantan bermula darjah tiga hingga darjah enam.