PELAKON Nur Risteena dan Isa Khan membuat kejutan apabila mengumumkan mereka sudah bertunang pada 23 November lalu di Bali, Indonesia. Menurut Risteena, 26, dia dan Isa memilih untuk merahsiakan hubungan cinta yang telah terjalin sejak bulan lalu kerana bimbang dengan tanggapan orang luar yang tidak tahu apa yang mereka lalui. ARTIKEL BERKAITAN: “Tuhan kirim kamu sebagai jodohku” - Foto cium kepala Risteena? Isa Khan akan umum sesuatu tidak lama lagi “Ada beberapa sebab yang membuatkan kami ketika itu tidak mahu terlalu heboh mengenai hubungan ini. Antaranya sebab kita nak kena jaga hati beberapa pihak juga. “Selain, orang tak akan faham dengan keadaan kami. Mungkin orang akan cakap saya ini cepat sangat cari pengganti dan curang ke apa, tapi yang sebenarnya mereka tak tahu apa yang kami lalui. “Saya pun tak nak cerita apa yang saya alami dalam hidup saya, biarlah saya seorang sahaja yang tahu dan simpan benda ini,” kata Risteena kepada mStar. Isa dan Risteena bercinta sejak lima bulan lalu. Pasangan itu mengumumkan berita gembira tersebut di sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahiran Risteena di Bora Ombak, Putrajaya, pada malam Jumaat. Risteena dan Isa mula berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri Bulan Di Kota Langit dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu. Dalam pada itu, Isa turut mendedahkan ada beberapa pihak yang mencuba untuk meracuni fikiran bakal isterinya itu namun enggan membuat sebarang tuduhan. Adik kepada pelakon Miller Khan ini juga menegaskan dia bukan seorang perampas dan ketika mereka mula berkenalan serta hubungan semakin rapat, Risteena tidak mempunyai kekasih. Isa lamar Risteena di Bali, Indonesia. “Mungkin saya tak tahu pihak itu dan saya tak tuduh sesiapa. Tapi saya tahu ada beberapa pihak yang cuba meracuni fikiran Risteena. Yang pasti, saya bukan perampas! “Kami kenal pun ketika itu Risteena sudah tidak mempunyai sesiapa (kekasih). Jadi tiada istilah saya punca perpisahan Risteen dengan bekas kekasihnya,” ujarnya. Khabar angin mengenai hubungan Isa dan Risteena mula menjadi perbualan hangat peminat apabila kakak kepada pelakon Ruhainies itu memuat naik video pendek di Instagram yang memperlihatkan dia disuap oleh seorang lelaki. Dia juga pernah berkongsi gambar seorang lelaki bertopi dan berbaju hitam di sebalik sejambak bunga. Menerusi foto tersebut, netizen mula membuat andaian bahawa individu dalam gambar tersebut adalah Isa Khan. Sebelum ini, bekas kekasih Risteena yang juga seorang pelakon iaitu Ikhwan Khairudin, 29, mendedahkan mereka sepatutnya bertunang pada 19 Oktober lalu tetapi semua perancangan itu terpaksa dibatalkan pada saat akhir termasuk majlis pernikahan.