suria

“Muntah teruk ingat penyakit lama awak datang balik” - Nadzmi Adhwa umum Ardell kini hamil

Ardell kini berbadan dua.

SELEPAS tiga bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi berita gembira bahawa isterinya yang juga pelakon Ardell Aryana kini sedang hamil.

Nadzmi yang memuat naik foto mereka berdua berkata dia tidak mengetahui isterinya sudah hamil ketika gambar itu dirakam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami akan beritahu jika ada berita gembira itu” - Nadzmi Adhwa lalui fasa bahagia, sudah sedia jadi bapa

Pada mulanya, dia menyangka Ardell mengalami muntah yang teruk dan tidak mempunyai selera makan disebabkan penyakit lamanya datang semula.

Nadzmi kongsi berita gembira di IG miliknya pada Jumaat.

“Syukur pada Allah. Saya tak tahu pun dah ada Adhwardell junior dalam perut awak masa ni. Tiba-tiba sekarang dapat tahu. Sebak sangat. Patut la awak asyik nak makan je.

“Tapi lepas itu awak tak nak makan. Dari bulan lepas teman awak tidur dalam bilik air sebab muntah teruk ingat penyakit lama awak datang balik sebab awak tak nak makan dan asyik muntah.

“Rupa-rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di Syria. Terima Kasih Allah! Alhamdulillah! Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan sentiasa diberkati Allah,” katanya.

Nadzmi berkongsi berita terbabit di laman sosialnya, pada Jumaat dengan menyertakan sekali gambar mereka berdua, manakala Ardell berbuat demikian dengan memuat naik foto ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif di Instagramnya.

Nadzmi dan Ardell Aryana selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September lalu.

Pada majlis itu, Ardell menerima senaskhah Al-Quran dan mas kahwin RM300 selain masing-masing menyerahkan dua dulang hantaran.

Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana

Artikel Lain