suria

“Mak... kenapa tak tunggu Lan mak?” Ibu Roslan Shah meninggal dunia, terkilan tak sempat jumpa buat kali terakhir

Roslan meluahkan rasa terkilan apabila dia tiada di sisi ibunya sewaktu arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

SELEPAS kira-kira dua bulan menjalani pembedahan membuang batu dalam perut dan kemudian disahkan menghidap kanser perut tahap empat, ibu kepada pelakon dan pengacara Roslan Shah pergi bertemu penciptaNya kira-kira pukul 7 malam, Jumaat.

Menurut Roslan atau mesra dengan panggilan Cik Lan, ibunya itu menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tempines Street, Singapura.

“Ibu tercinta Cik Lan meninggal dunia pukul 7 malam di rumah Block 727, Tempines Street 71, Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hanya ada 6 bulan hingga setahun untuk hidup” - Selepas buang 12 biji batu, Ibu Roslan Shah disahkan hidap kanser perut tahap 4

“Sedekahkan Al-Fatihah buat ibu tercinta, Mariam Kari”, tulis Roslan.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida pernah menziarahi ibu Roslan di hospital.

Dalam pada itu, Roslan bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila dia tiada di sisi ibunya sewaktu arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

“Mak... kenapa tak tunggu Lan mak? Lan dalam perjalanan pulang, mak tinggalkan Lan.

“Cik Lan dah on the way dah nak masuk Ayer Keroh,” ujarnya.

Berita sedih itu dimaklumkan menerusi Instastory pada Jumaat.

Ibunya sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac, sebelum disahkan menghidap kanser perut tahap empat pada Oktober lalu.

Sebelum ini doktor turut memberitahu ibunya yang berusia 79 tahun itu mempunyai jangka hayat selama enam bulan hingga setahun untuk hidup.

Roslan Shah

Artikel Lain