suria

Wanita kuat! Ini 5 selebriti wanita layak dapat gelaran 'hot mommy'

Pengalaman lalu mematangkan diri lima selebriti ini dalam meneruskan kehidupan.

BERSTATUS ibu tunggal membuatkan seseorang wanita sering mendapat perhatian dalam setiap perkara.

Lebih-lebih lagi wanita tersebut bergelar selebriti atau pernah berkahwin dengan golongan selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN: Mereka layak digelar ‘hot daddy’! Ini 5 selebriti kacak berstatus duda yang masih jadi buruan para wanita

Malah, ada segelintir bekas isteri yang diangkat menjadi selebriti dan mengumpul ramai pengikut selepas bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang artis.

Kali ini mStar senaraikan enam selebriti yang sering mendapat perhatian selepas bergelar ibu tunggal.

Bella mula ceburkan diri dalam bidang lakonan selepas bercerai.

1. Bella Astillah

Bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menerima tempias selebriti selepas kontroversi perceraiannya mendapat perhatian media.

Malah, bilangan pengikut laman sosial Bella turut melonjak sehingga 1.8 juta pengikut di Instagram selepas ramai netizen yang mula mahu mengetahui kehidupannya selepas bergelar ibu tunggal.

Bella juga menerima pelbagai tawaran kerja termasuk menceburi bidang lakonan dan nyanyian.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan mengambil keputusan bercerai pada 21 Mac lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean berusia dua tahun.

Joy Revfa merupakan seorang usahawan kosmetik terkenal.

2. Joy Revfa

Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin merupakan bekas isteri kepada komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun.

Ahli perniagaan kosmetik ini mendapat perhatian selepas bercerai dan mula mengembangkan perniagaannya dan semakin dikenali.

Joy sebelum ini pernah menarik perhatian ramai apabila perkahwinannya yang dibina pada 1 Mei 2017 lalu dengan Hafiz didakwa tidak sah. Malah konflik tersebut berlarutan sehingga Hafiz akhirnya melafazkan talak satu terhadap usahawan terkenal ini pada 25 Oktober tahun yang sama.

Dalam pada itu, Joy sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Elly Mazlein aktif semula sebagai pengacara dan pelakon selepas bercerai.

3. Elly Mazlein

Penyanyi dan pelakon terkenal, Elly Mazlein sekali lagi mengejutkan peminat selepas mengumumkan bakal menamatkan zaman jandanya pada Januari tahun hadapan.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014.

Namun, perkahwinan tersebut menemui kegagalan dengan berpisah pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan tersebut, Elly dikurniakan seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia.

Bagaimanapun, rezeki Elly mencurah-curah selepas bergelar ibu tunggal apabila sering mendapat tawaran menjadi pengacara program televisyen dan berlakon drama.

Elly juga kembali membina nama dengan menyertai program Gegar Vaganza musim ketiga pada tahun 2016.

Fatin Afeefa mula dapat perhatian dengan penampilannya yang'hot' selepas bercerai.

4. Fatin Afeefa

Rumah tangga yang dibina oleh pelakon terkenal Tentang Bulan, Fatin Afeefa bersama bekas suaminya Adam Shahz menemui kegagalan pada 30 Mei 2017.

Beberapa kontroversi mengaitkan rumah tangga mereka yang membuatkan nama Fatin Afeefa semakin dikenali.

Malah, selepas bercerai Fatin dilihat tampil lebih menarik dan 'hot' serta mendapat tawaran membintangi drama-drama tempatan.

Fatin turut mengembangkan bakatnya sebagai penyanyi dengan muncul dengan single berjudul Satu Jam Saja.

Fatin dan Adam berkahwin pada 21 Disember 2013 bagaimanapun, keduanya bercerai pada 30 Mei 2017. 

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, empat tahun dan Ivy Herra Sophia, dua tahun.

Rita Rudaini buka kelab bola sepak untuk anak-anaknya.

5. Rita Rudaini

Nama Rita Rudaini tidak asing lagi dengan isu yang memperjuangkan nasib ibu tunggal.

Rita juga sering mendapat perhatian dan kecaman netizen yang tidak setuju dengan pendapat dan kelantangannya dalam menegakkan sesuatu hal.

Dia juga dikenali sebagai wanita yang kuat apabila sanggup berjuang untuk anak-anaknya.

Rita menubuhkan kelab RR Cougars FC demi minat yang mendalam terhadap sukan itu dan memberi pendedahan kepada anak-anaknya.

Rita berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 28 Februari 2008 mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Airit Rayyan Rizqin, 10 dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia lapan tahun.

janda, bercerai

Artikel Lain