suria

Reza Hasbi ‘set up’ bisnes homestay, bangkit daripada keperitan hidup - “Saya masih ambil upah potong pokok, betulkan zink rumah orang”

Reza tidak malu melakukan kerja-kerja kampung.

TAWARAN kerja yang semakin banyak bagi membintangi beberapa drama selepas kisah kesempitannya hidup tular di media sosial pada Mei lalu tidak membataskan pelakon Reza Hasbi untuk terus mengambil upah membaiki atap dan memotong pokok.

Reza atau nama sebenarnya Muhamad Ridzuan Habullah, 30, berkata, dia enggan memikirkan cakap-cakap orang disekelilingnya asalkan rezeki yang dicari adalah daripada sumber halal.

ARTIKEL BERKAITAN: Reza Hasbi tak mampu beli susu, lampin anak, “Balik kampung pun pinjam mak, sampai rasa nak minta zakat”

ARTIKEL BERKAITAN: Reza Hasbi Berang Remaja Rakam Videonya Dalam Tandas

"Ada saja yang tanya kenapa tak jaga imej sebagai selebriti... ramai yang mengutuk di belakang, tapi saya tak kisah... saya tak ada rasa malu langsung. Pada saya biarlah mereka, lambat-laun mereka akan berhenti.

Reza mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung.

"Lantaklah mereka nak cakap apa pun. Asalkan saya cari rezeki yang halal untuk keluarga. Lagipun memang asal-usul sebelum jadi pelakon pun saya dah biasa buat kerja sebegitu kerana selalu tolong ayah.

"Saya masih mengambil upah membuat kerja-kerja kampung macam potong pokok, bertukang dan betulkan zink rumah orang... bolehlah sebagai kerja sampingan. RM50 pun siapa nak bagi," ujarnya kepada mStar.

Pernah berdepan dengan situasi memeritkan apabila terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan selepas hampir lapan bulan tidak menerima tawaran berlakon, aktor drama Dia Menantu Rahsia ini berkata, dia nekad untuk 'bangun' dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

"Sebelum ini saya pernah hampir lapan bulan tak dapat job berlakon dan itu membuatkan saya sedar perlu mulakan perniagaan.

Buat masa ini memang rasa sangat struggle tapi InsyaAllah, saya target pertengahan tahun depan mungkin kewangan akan kukuh semula

REZA HASBI

PELAKON

"Sekarang ni saya banyak guna duit untuk buat modal kepada perniagaan warung dan homestay. Buat masa ini memang rasa sangat struggle tapi InsyaAllah, saya target pertengahan tahun depan mungkin kewangan akan kukuh semula.

"Setakat ini, perniagaan juga agak memberansangkan. InsyaAllah, kalau projek homestay saya dah siap mungkin tak perlu lagi buat kerja-kerja (kontraktor kampung) itu semua," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Reza berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis yang akan memulakan siarannya di Astro Ria pada Selasa.

Reza Hasbi, kontraktor

Artikel Lain