suria

“Dalam Islam, kalau tak nampak tak boleh nak tuduh” - Rebecca Nur Islam hilang rantai, gelang hantaran

Rabecca meluahkan rasa sedih di atas kehilangan rantai leher dan gelang berjenama mewah miliknya.

PELAKON Datin Rebecca Nur Al-Islam merayu pencuri rantai leher dan gelang tangan yang disimpan di dalam almari di bilik tidurnya agar segera memulangkan barang kemas itu.

Menurut Rebecca, 33, dia menyedari kehilangan aksesori berjenama mewah pemberian suami, Datuk Nor Azam Sulaiman itu pada Ahad sewaktu dia sedang mengemas bilik.

ARTIKEL BERKAITAN: Rabecca Terkejut Terima Wang Saman Erma Dalam Bentuk Syiling 5 Sen

ARTIKEL BERKAITAN: Rabecca Nur Islam Selamat Jadi Isteri

"Saya sebenarnya tengah sedih sangat-sangat tapi tak tahu nak cakap macam mana. Saya kehilangan gelang dan rantai. Saya rasa sedih sangat sebab itu adalah hantaran kahwin saya.

"Saya memang jarang pakai sebab saya simpan atas almari make up.


Rabecca meminta pembantu rumah untuk memulangkan semula barangan kemas miliknya.

"Hari ini, kemas-kemas tempat jewelry, baru perasan saya kehilangan gelang dan rantai Chopard saya," katanya.

Rabecca meluahkan rasa sedih itu menerusi beberapa posting yang dimuat naik ke laman Instagram.

Kata Rabecca, dia tidak mahu menuduh mana-mana individu berhubung kehilangan berkenaan.

Bagaimanapun menurut Rabecca, hanya tiga pembantu rumah sahaja yang dibenarkan masuk untuk mengemas bilik tidurnya itu.

Nak dijadikan cerita, tiga pembantu rumah yang dibenarkan masuk ini adalah mereka yang sentiasa mengemas bilik saya.

REBECCA NUR AL-ISLAM

Pelakon

"Dalam Islam kalau kita tak nampak kita tak boleh nak menuduh tapi saya ralat sangat-sangat dan sedih. Semuanya serba tak kena... rasa nak menangis.

"Selain daripada suami dan saya yang boleh masuk ke bilik itu, tiga pembantu rumah saya juga diizinkan untuk masuk ke situ.

"Saya tak rasa mereka ambil tapi tak tahulah sebab saya dah puas cari dan nak di jadikan cerita, tiga pembantu rumah yang dibenarkan masuk ini adalah mereka yang sentiasa mengemas bilik saya," ujarnya.

Tambah Rebecca, lebih menyedihkan apabila dua daripada tiga pembantu rumahnya itu sudah pulang ke kampung halaman masing-masing.

Barangan kemas berjenama mewah yang hilang merupakan hantaran perkahwinan pemberian suaminya.

Oleh itu, Rebecca merayu agar rantai leher dan gelang miliknya dapat dikembalikan semula sekiranya ada antara pembantu rumah itu yang terambil barangan berkenaan.

"Saya ada mengadu dekat suami yang ia sudah hilang tapi dia suruh saya reda dan doa saja banyak-banyak. Ia mimpi yang sangat ngeri. Minta-minta Allah ganti balik apa yang hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik. Mungkin ajal gelang dengan rantai itu untuk dengan saya sampai di sini saja.

"Baru-baru ini dua daripada mereka sudah balik manakala seorang lagi masih di rumah saya dan akan balik pada bulan satu nanti.

"Pembantu rumah saya semua ada IG saya dan mereka tahu saya amat menyayangi mereka... dan saya tidak suka menuduh. Tapi kalau kata ada diantara mereka bertiga ini ada yang terambil, macam biasalah, kalau kamu ada buat salah saya sentiasa memaafkan. Jadi tolonglah pulangkan sebab itu adalah pemberian bos (suami) dekat saya sepanjang kami berkahwin hampir 10 tahun," ujarnya lagi.

Artikel Lain