suria

“Behave sikitlah haji, raingers ni ramai budak-budak” - Noh Salleh ditegur tunjuk isyarat lucah jari tengah

Netizen tegur aksi Noh menunjukkan jari tengah yang dilihat sebagai kelakuan kurang baik.

PERKONGSIAN foto di laman Instagram rasmi kumpulan Hujan menerima kritikan netizen yang kurang senang dengan aksi spontan vokalisnya iaitu Noh Salleh menunjukkan isyarat lucah jari tengah.

Dalam foto tersebut, ahli kumpulan Hujan bergambar bersama penganjur selepas mereka selesai menjayakan sebuah acara di ibu negara pada Isnin lalu.

Ia menarik perhatian pengikut yang berpendapat kapsyen yang ditulis pada muat naik itu tidak sepadan dengan kelakuan yang ditunjukkan suami kepada penyanyi Mizz Nina itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh Tidak Akan Tinggalkan Hujan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau sudah takdir tidak miliki anak, kami tetap bersyukur” - Noh Salleh

"MasyaAllah, Alhamdulillah... syukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan sukses mengiringi kita untuk majlis Manic Mondo 2. RestuNya penuh misteri antara ujian dan nikmat dunia membolehkan kita berkumpul bersama-sama meraikan perpaduan sesama kita.

Aksi Noh undang rasa kurang senang pengikut.

"Yang datang dari jauh dan dekat, merentas laut udara daratan sejauh Sabah, Singapura, Kedah dan Kelantan... kami tidak menyangka semangat RAINGERS tahun 2020 ini lebih jahat berbanding sebelumnya. 

"Kalian buktikan tiada apa yang boleh menghalang kita kecuali tiada keizinan Yang Maha Esa," tulis pengendali akaun pada Selasa.

Meskipun kapsyen itu dilihat cukup berbahasa dan indah dengan pujian terhadap Tuhan, namun rata-rata pengikut meninggalkan komen kurang senang dengan foto yang dimuat naik itu.

Sebahagian komen yang ditinggalkan pengikut di foto tersebut.

Salah seorang pengikut di akaun tersebut mengharapkan selebriti menunjukkan kelakuan dan akhlak yang baik bagi mengelakkan fitnah.

"Sebagai public figure Noh kena sensitif sikit setiap perbuatan dan perlakuan dia, perangai yang baik datang seiring sekali perlakuan dan tingkah laku yang baik.

"Membuat isyarat tangan yang begitu boleh mengundang fitnah dan kata-kata yang kurang baik. Aku dah lama minat Hujan, cuma tak tegar tapi hampir semua lirik lagu Hujan aku minat, aku pasti Noh seorang suami yang baik, jadi aku harap kita semua perbaikilah diri ini ke arah lebih baik.

"Maaf! Kelakuan gambar juga kapsyen agak tidak sesuai. Mula tulis MasyaAllah tapi gambar kau Noh jari tengah... apalah! Behave sikitlah haji," komen pengikut.

Selain Noh Salleh, kumpulan Hujan turut dianggotai oleh Am, AG Coco, Dimas dan Izzat.

Noh Hujan, Hujan, Instagram

Artikel Lain