suria

Akhyar Rashid gelabah peminat sebar foto mesra dengan artis - “Sekarang ni macam-macam orang dah kutuk saya dan Eyka Farhana”

Beberapa keping foto mesra Eyka Farhana dan Akhyar Rashid yang tersebar di media sosial mendapat kecaman ramai.

SUSULAN aksi mesra pelakon Eyka Farhana dengan pemain bola sepak muda, Akhyar Rashid yang tular di laman sosial, pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu akhirnya tampil bersuara.

Akhyhar atau nama sebenarnya Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 20, mengarahkan individu berkenaan untuk berhenti menyebarkan foto dia bersama teman wanitanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak seteruk tu nak ke kelab malam bulan Ramadan” - Eyka Farhana

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua benda nak kaitkan LGBT!” - Janna Nick ulas foto cium Eyka Farhana

"Minta jasa baik kalau betul (anda) fans saya lepas ni tolong jangan share apa-apa yang saya dan Eyka post di story Instagram.

"Lepas ni kalau nak share dekat IG awak... share yang fasal saya atau fasal main bola saja.

Mesej peribadi yang dihantar Akhyar berhubung hubungan cintanya dengan Eyka Farhana.

"Ini hal peribadi kami so apa-apa biar kami sahaja yang post. Maaf kalau ada buat awak tersinggung," tulisnya.

Akhyar berkata demikian menerusi sebuah mesej peribadi yang di hantar di laman Instagram miliknya kepada salah seorang peminat.

Dalam pada itu pemain muda ini berkata, dia juga tidak mahu berkongsi kisah percintaannya itu kepada umum selepas menyedari ianya tidak begitu diterima peminat.

Malah, Akhyar mengakui turut menerima kritikan kerana menjalinkan hubungan cinta dengan aktres berkenaan.

"Jangan post feed sebab saya tak nak orang pandang tak baik... sekarang ni saya dan Eyka orang dah kutuk macam-macam.

"Saya tak nak nampak macam saya dan Eyka ni menunjuk-nunjuk sangat hubungan kami.

Jangan post feed sebab saya tak nak orang pandang tak baik... sekarang ni saya dan Eyka orang dah kutuk macam-macam.

AKHYAR RASHID

PEMAIN BOLA

"Tolong share dekat group fans saya yang lain lagi ya. Harap jasa baik awak dan fans saya yang lain support saya dengan cara yang betul," tulisnya.

Terdahulu beberapa keping foto intim serta boomerang Akhyar dengan Eyka ketika bercuti di sebuah destinasi percutian popular di luar negara tersebar di media sosial.

Pasangan itu dilihat menghabiskan masa bersama beberapa rakan lain pada Disember lalu.

Gambar itu turut dimuat naik sendiri oleh Eyka di Instagram, namun bertindak memadamnya selepas mendapat kecaman daripada peminat.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan komen daripada kedua-dua bintang ini tidak berjaya apabila Akhyar enggan menjawab panggilan telefon mahupun membalas kiriman Whatsapp.

Eyka Farhana, Akhyar Rashid, bercinta

Artikel Lain