suria

Adakah Siti Nurhaliza akan kembali beraksi? Tiket AJL34 mula dijual Khamis ini, harga serendah RM30

Naim Daniel (kiri), Datuk Seri Siti Nurhaliza (tengah) dan Haqiem Rusli (kanan) antara 12 peserta yang berjaya mara ke pentas akhir AJL34.

PRODUKSI acara berprestij terbitan TV3, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, bakal memulakan penjualan tiket kepada orang ramai dengan harga serendah RM30.

Orang ramai boleh melayari sesawang rasmi www.myticket.asia bermula 9 Januari 2020 (Khamis) bagi mendapatkan tiket menyaksikan AJL34 yang akan berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 9 Februari 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi pas percuma, TV3 jual tiket Anugerah Juara Lagu

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak sistematik, orang main masuk macam lembu" - Penonton AJL33 luah rasa tak puas hati

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, penjualan tiket kali ini dijangka akan lebih pantas terjual berbanding tahun lalu berikutan persaingan para finalis yang lebih hebat berbanding tahun lalu.

Aina Abdul (kiri) dan Ernie Zakri bakal bertemu di pentas AJL34 pada 9 Februari nanti.

"Bagi memperhalusi sistem tiket dan tempat duduk audience di Axiata Arena, kami akan memperketat sistem pengawal selia setiap kemasukan penonton ke Axiata Arena.

"Pihak penganjur juga akan menggunakan sistem tempat duduk bernombor bagi memudahkan pemegang tiket membeli tempat duduk yang dikehendaki mereka tanpa berebut dengan audience lain pada malam 9 Februari itu nanti.

"Oleh itu para pembeli dan pemegang tiket haruslah berhati-hati ketika membeli tiket dan mematuhi nombor tempat duduk yang dibeli bagi memastikan kelancaran Anugerah Juara Lagu 34 nanti," ujarnya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

AJL33 menawarkan tiga jenis tiket iaitu tempat duduk aras empat berharga RM30, aras tiga (RM40) dan arena (RM60).

Maklumat lanjut mengenai AJL33 boleh didapati dengan melayari www.xtra.com.my dan perkongsian di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia.

AJL34, tiket

Artikel Lain