PELAKON dan pengacara Didie Alias berang apabila namanya digugurkan pada saat-saat akhir daripada membintangi sebuah drama televisyen. Lebih menyakitkan hati apabila pihak produksi yang membuat tawaran itu memberikan alasan bajet untuk drama berkenaan tidak mencukupi. ARTIKEL BERKAITAN: “Jauh Sekali Hendak Berdendam” - Didie Alias ARTIKEL BERKAITAN: “Buat Apa Nak Menyibuk” - Didie Alias "Aku rasa aku berlakon dah lama. Jadi kepada EP (penolong penerbit) atau producer yang nak offer aku berlakon, pastikan korang ni ada bajet. "Kalau tak ada bajet tak perlu telefon aku. Kau hold aku 10 hari, dua minggu untuk aku tunggu korang bercakap. Didie meluahkan rasa marah terhadap sebuah pihak produksi yang membatalkan tawaran berlakon pada saat-saat akhir. "Last-last kau mungkin tak dapat ambil job lain, tolak job lain akhirnya esok lusa kau nak shooting, kau boleh buang aku macam tu dengan alasan tak ada bajet," ujarnya. Perkara itu diluahkan Didie menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Rabu. Menerusi entri berkenaan, Didie turut memuat naik paparan skrin perbualan aplikasi Whatsapp antara dia dengan wakil pihak produksi sebagai bukti. Selain itu, Didie tidak dapat menerima alasan pihak produksi yang meletakkan kesalahan terhadap pihak stesen televisyen. Kau cerita apa ni? Aku bukan minta satu episod RM5,000 atau RM3,000 untuk satu jam punya slot. Lepas tu aku tanya, kau senyap. DIDIE ALIAS PELAKON Kata Didie, nilai bayaran yang diminta tidaklah terlalu tinggi hingga namanya digugurkan dari membintangi drama terbabit. "Aku nak tanya, mahal sangatkah aku minta untuk korang bayar dekat aku? Kalau macam tu tak payahlah cadangkan nama aku dekat stesen. Lepas tu nama aku dah diluluskan. Hujung-hujung lepas tu deal bajet korang tak ada. "Kau cerita apa ni? Aku bukan minta satu episod RM5,000 atau RM3,000 ke untuk satu jam punya slot. Lepas tu aku tanya, kau senyap. "Last-last kau salahkan stesen. Apa masalah korang? Stesen dah luluskan artis," katanya. Sementara itu, rakan-rakan selebriti lain seperti Amyza Adnan, Nabila Huda, Aiman Hakim Redza dan Enot turut memberikan tanda sokongan terhadap aktres itu. Didie tidak dapat menerima alasan yang diberikan pihak produksi. Menurut Amyza, alasan skrip tak siap merupakan 'modal' yang sering digunakan pihak produksi untuk mengurangkan bayaran terhadap pelakon. "Block date artis, lepas tu hilang... semua block mulut. Sebab tu aku cakap, lock dengan deposit. "Sekarang ni lock artis dengan mulut, cuba lock dengan deposit sudah tentu tiada last minute back off! "Kita dah tolak tawaran lain, akhirnya yang konon lock kita beria-ria hilang dari radar. Skrip tak siap hanya trend atau game untuk potong bajet artis," katanya.