GOLONGAN selebriti tanah air berpeluang menjadi usahawan dalam talian tanpa modal dan risiko kerugian dengan menyertai perniagaan jualan atas talian TT Live Mall. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan TT Live Mall, platform ini membuka peluang yang sama kepada sesiapa sahaja untuk menjual barang perniagaan masing-masing secara langsung dan dipromosikan oleh personaliti media sosial tempatan. TT Live Mall mempunyai rangkaian pengeluar dan pengedar pelbagai barangan yang mencukupi bagi menyediakan ribuan jenis barangan untuk dipromosi dan dijual oleh personaliti media sosial. Menerusi platform ini usahawan tidak memerlukan modal permulaan dan tiada risiko kerugian serta boleh beroperasi di mana sahaja pada bila-bila masa seiring tema, "You can be entreprenuer, anywhere, anytime". Majlis dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan iaitu Datuk Seri Redzuan Md Yusof (berdiri tiga dari kanan) Perkembangan yang pesat hasil daripada impak budaya membeli secara atas talian menjadikan TT Live Malll sebagai platform siaran jualan langsung yang terbesar dengan memiliki lebih 100 personaliti dengan transaksi perniagaan lebih RM10 juta setahun. TT Live Mall juga dijangka melebarkan sayap ke Jepun, Singapura, Indonesia, Korea, Thailand, Cambodia, Vietnam dan China. Majlis Pelancaran TT Live dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan iaitu Datuk Seri Redzuan Md Yusof di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Selasa lalu. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan seperti Ezlynn, Nico G, Abon, Datuk DJ Dave dan Datuk Norman Abdul Halim.