PELAKON Ainul Aishah mengakui kurang mendapat tawaran dalam industri gara-gara usia yang sudah mencecah 35 tahun selain lambakan pelakon baharu. Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, berkata, meskipun ia pahit untuk ditelan namun itu adalah hakikat yang perlu diterima setiap anak seni. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 'Sado' Mana Dipeluk Ainul Aishah? ARTIKEL BERKAITAN: Ainul Aishah Pernah Tolak Tawaran Lakonan Kerana Perniagaan "Saya akui sudah agak lama juga saya menyepi tapi sebenarnya ada saja tawaran berlakon diberikan kepada saya cuma tak banyak. "Tak dinafikan tawaran berlakon itu juga agak susah nak dapat kerana apabila kita semakin berumur, persaingan semakin banyak terutama bila ramai pelakon muda yang ada sekarang. Ia lumrah dalam industri. Ainul menjelaskan kerjaya lakonannya semakin perlahan kerana lebih memberikan fokus terhadap bidang perniagaan. "Saya kira itu hakikat perlu diterima semua pelakon," ujarnya kepada mStar. Ainul ditemui pada sidang media majlis pra tonton filem Suraya di e-Curve, Petaling Jaya, baru-baru ini. Walau bagaimanapun, Ainul berkata, dia tidak akan meninggalkan bidang lakonan berikutan perkara itu merupakan minatnya sejak kecil. Malah, dia percaya rezeki tidak pernah salah alamat dan tidak pernah terfikir untuk berebut dengan mana-mana pelakon lain. "Sekarang pun saya lebih memilih karakter yang saya nak bawa dan saya rasa berbaloi untuk saya lakonkan. Kalau tak ada (tawaran berlakon), saya tak pernah terfikir untuk berebut dengan mana-mana pelakon lain pun. AINUL AISHAH PELAKON "Cuma lakonan itu saya takkan pernah tinggalkan dan kalau ada tawaran baik saya sentiasa terbuka untuk menerimanya. "Kalau tak ada (tawaran berlakon), saya tak pernah terfikir untuk berebut dengan mana-mana pelakon lain pun," ujarnya. Selain itu, aktres drama Lara Aishah ini berkata, dia yang kini lebih memberi fokus terhadap bidang perniagaan biskut Ainul Cookies & Co. antara faktor mengapa dia jarang muncul di televisyen. "Saya anggap bisnes adalah untuk masa depan dan berlakon adalah minat. Sekarang pun saya lebih fokus terhadap bisnes biskut," ujarnya.