suria

Anak Tajul masuk hospital alami masalah pernafasan - “Sepatutnya kami sekeluarga happy pada hari pelancaran MV tapi...”

Tajul tampilkan anak dalam MV lagu terbaharu.

KETERUJAAN penyanyi Tajul meraikan lagu dan video muzik (MV) baharu berjudul Ku Sayang Kau Rindu yang dilancarkan pada Khamis terbantut apabila anaknya, Adriana Carissa dimasukkan ke hospital.

Menurut Tajul, 22, bayi berusia dua bulan itu ditahan di wad kerana mengalami masalah pernafasan sehingga memerlukan pemantauan doktor.

"Adriana mengalami masalah sukar bernafas dan batuk-batuk, apabila buat pemeriksaan di hospital doktor minta dia ditahan untuk pemantauan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seram macam nak pengsan tengok dia sakit... banyak darah” - Tajul dah jadi bapa muda, timang cahaya mata perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Tajul sedia jadi bapa, isteri minta teman di bilik bersalin - “Saya akan beranikan diri”

"Sudah dua hari dia dimasukkan ke wad, tak tahu bila akan dibenarkan pulang, mungkin sehingga benar-benar sembuh.

"Sepatutnya kami sekeluarga happy pada hari pelancaran MV lagu baru ini tapi nampaknya baby kena duduk dalam wad pula... tak apalah mungkin ini dugaan untuk kami," katanya kepada mStar.

Tajul berkongsi foto terkini Adriana di Instagram milik anaknya.

Tajul dan isteri iaitu Nurul Shamieza Eddie dikurniakan cahaya mata sulung di Hospital Kajang, Selangor pada 16 November tahun lalu.

Sementara itu, bercakap mengenai MV lagu Ku Sayang Kau Rindu, Tajul berkata ini merupakan penampilan pertama anaknya kepada umum.

"Ini kali pertama saya tunjuk wajah anak, idea ini datang secara spontan... ibu saya sendiri kata kalau dah habis pantang baru boleh kongsi wajah anak.

Meskipun sibuk dengan rangka promosi, Tajul tetap memantau keadaan kesihatan anaknya.

"Sejujurnya saya rasa sangat bahagia dan teruja apabila isteri dan anak dapat bersama dalam MV tersebut. Ianya sangat bermakna!

"Alhamdulillah ramai yang suka dan memuji MV lagu tersebut, bagi saya kalau pendengar suka, itu sudah cukup memadai," ujarnya.

Pada Oktober tahun lalu, Tajul membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza, 23, pada 10 Disember 2017.

Tajul berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai perkahwinannya itu kerana enggan mencampuri urusan peribadi dan kerjaya.

Tajul, anak

Artikel Lain