suria

Tidak aktif dunia politik, Aishah minta henti sebar fitnah - “Saya tak pernah buat kenyataan begini”

Aishah beri amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.

PENYANYI Aishah memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyebarkan kenyataan palsu mengaitkan dirinya dengan dunia politik.

Menurut Aishah, 55, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan dirinya kini tidak lagi aktif dalam arena politik Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah ucap selamat tinggal dunia politik

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah dipanggil ‘orang tua sakai’ - “Kalau berani berdepan dengan saya and say this to my face!”

"Pagi-pagi Jumaat ini, sudah-sudah dan cukup-cukuplah menyebarkan cerita palsu ini.

Antara komen-komen netizen.

"Walaupun saya tidak aktif dalam politik lagi tetapi saya tak pernah buat kenyataan sebegini," kata Aishah menerusi Instagramnya pada Jumaat.

Pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin itu memuat naik paparan skrin kenyataan palsu bahawa dia memohon maaf kerana menghasut rakyat Malaysia memilih parti Pakatan Harapan.

"Kepada seluruh rakyat Malaysia, Aishah memohon kemaafan kerana menghasut rakyat supaya memilih Pakatan Harapan.

Walaupun saya tidak aktif dalam politik lagi tetapi saya tak pernah buat kenyataan sebegini.

AISHAH

PENYANYI

"Sesungguhnya Pakatan Harapan sebuah parti yang munafik," tulis kenyataan palsu tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di laman sosial turut berang dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut.

Mereka berharap penyanyi lagu Janji Manismu itu bersabar dengan fitnah yang berleluasa pada zaman teknologi kini.

"Dosanya penyebar fitnah. Bayangkan kalau penyebar tersebut mati, tapi berita coretannya masih ada di laman sosial, bayangkanlah seksaannya di kubur kelak.

Aishah pernah umum undur diri daripada bidang politik pada 2018.

"Hebat sungguh fitnah zaman siber ini... semoga kak Aishah kuat dan kami sentiasa sokong," komen beberapa pengikut di Instagramnya.

Menerusi laporan mStar pada 2 Julai 2018, Aishah mengumumkan pengunduran diri daripada bidang politik bagi menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap karier nyanyian.

Penglibatan Aishah dalam bidang politik apabila dia menjadi ahli PAS dan pernah bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 2013.

Selepas itu, Aishah meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan giat mempromosikan aktiviti serta ceramah bawah Pakatan Harapan pada PRU14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018.

Aishah, Pakatan Harapan

Artikel Lain