KUMPULAN Puteh muncul juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada malam Jumaat. Puteh dianggotai oleh Ali, Mamak dan Man membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi. Dalam persembahan pertama bertemakan bebas, Puteh mengangkat konsep dakwah dalam lagu dengan menyentuh mengenai isu riba, aurat, hasutan syaitan dan amanah. ARTIKEL BERKAITAN: “Kisah sayu pemergian anak Ali hanya 30 saat terakhir sebagai twist cerita” - Puteh bukan raih simpati untuk jadi juara MLM2019 "Malam ini kita jadi kumpulan nasyid dengan ketengahkan isu semasa dan mesej dakwah itu yang kita cuba sampaikan. "Sebagai pelawak kita cuba hiburkan penonton namun dalam masa sama kita berikan mesej terbaik untuk mereka," katanya kepada mStar. Puteh menyampaikan jenaka dengan mesej baik. Bagi persembahan kedua bertemakan muzikal, Puteh membawa kisah kemeriahan persiapan kenduri dan rewang di kampung. Bagaimanapun ia menyentuh emosi penonton dan juri apabila majlis yang dimaksudkan itu adalah kenduri tahlil untuk anak Ali yang baru meninggal dunia pada November tahun lalu. Sementara itu Zero yang dianggotai oleh Atu, Sharif, Syaiful terpaksa berpuas hati ditempat kedua dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi. Manakala, Bocey yang dianggotai oleh Abam, Fad dan Achey mendapat tempat ketiga melayakkan mereka membawa pulang RM150,000 berserta trofi. Naib juara, Kumpulan Zero. Dalam perkembangan sama, kumpulan JBorn dan Rare masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima turut membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi. Pada pertandingan akhir itu, kesemua peserta perlu membuat dua persembahan iaitu bertemakan bebas dan muzikal. Empat juri profesional yang mengadili peserta mewakili sebanyak 70 peratus markah. Mereka ialah Datuk Jamal Abdillah, Inul Daratista, Najip Ali dan Lisa Surihani. Manakala 30 peratus markah lagi berdasarkan undian penonton. MLM 2018 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan disiarkan nenerusi Astro Warna (132) dan Warna HD (124).