suria

“Apa AC Mizal cakap tu betul, saya memang kurus” - Chubb-E syukur dapat perhatian selepas 7 tahun

Chubb E tidak ambil hati dengan gurauan AC Mizal.

PESERTA program Dansa Dan Sing Chubb-E tidak ambil hati apabila juri jemputan program itu iaitu Datuk AC Mizal menjadikan fizikalnya yang kurus sebagai bahan gurauan.

Pemilik nama Shahrul Ashlyn Awang, 22, berkata, dia menerima semua komen juri sepanjang program tersebut secara positif.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin rezeki kami bukan di sini” - Nik Qistina baharu sedar susah nak jadi penghibur, kena menyanyi dan menari

"Saya menganggap apa yang diperkatan Datuk AC Mizal hanya satu gurauan dan saya bersyukur dengan ciptaan Allah.

"Saya memang kurus jadi kenapa nak ambil hati dengan apa yang diperkatakan dan saya ambil dari sudut positif.

"Saya manusia yang susah nak terasa kerana apa yang dia cakap itu memang benar," ujarnya.

Chubb-E mendapat perhatian selepas  tujuh tahun di dalam industri muzik Malaysia.

Pada Sabtu lalu, komen AC Mizal yang menyamakan fizikal tubuh badan Chubb-E sebagai tiang elektrik menerima kecaman netizen.

Bagaimanapun, Chubb-E mendapat pujian selepas membuat persembahan tarian tradisional negeri Sabah pada minggu ketiga Dansa Dan Sing.

Dalam pada itu, Chubb-E meluahkan rasa syukur apabila masyarakat Malaysia kini dapat melihat bakatnya selepas tujuh tahun menceburi industri muzik.

Saya manusia yang susah nak terasa kerana apa yang dia cakap itu memang benar.

CHUBB-E

PENYANYI

"Alhamdulillah, saya gembira apabila semua penat lelah saya pandang oleh peminat muzik di Malaysia," ujarnya.

Bercakap mengenai program Dansa Dan Sing, Chubb-E mengakui berdepan tekanan setiap minggu bertanding.

"Untuk melakukan persembahan di pertandingan yang besar ini bukan suatu benda yang sangat senang kerana ia melibatkan komitmen yang sangat besar.

"Tekanan dan debaran semasa pertandingan juga adalah cabaran untuk saya memberikan persembahan terbaik" katanya.

Artikel Lain