suria

Bella Dowanna geli, malu lakon babak dirogol tiga lelaki dalam filem M4M4 - “Semuanya real, mereka memang duduk atas saya”

Bella Dowanna akui tak selesa lakonkan babak dirogol.

PENGALAMAN berlakon sebagai mangsa rogol benar-benar menguji kemampuan pelakon remaja yang semakin meningkat naik, Bella Dowanna.

Cerita Bella, 17, babak dirogol tiga lelaki menerusi filem M4M4 cukup menggelikan hingga wujud perasaan malu dan tidak selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau mula penggambaran saya tak balik dua hingga tiga bulan” - Niezam Zaidi tolak tawaran berlakon kerana mahu balik kampung

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ada orang tak kenal pegang... jerit kuat-kuat!” - Filem M4M4 buat Nabila Huda paranoid, bimbang keselamatan anak

"Masa awal-awal ditawarkan untuk berlakon filem ini saya tak tahu ianya adalah mengenai kisah rogol. Selepas dah dapat skrip baharulah saya tahu ia filem yang tragis.

Bella Dowanna (dua dari kiri) memegang watak sebagai Alya dalam filem M4M4.

"Mula-mula saya sangat malu... sebab semuanya real. Mereka memang duduk atas saya tapi perasaan itu lebih kepada janggal, geli dan tak selesa. Tapi apabila difikirkan balik, semua itu lakonan saja.

"Sampai bila pula saya nak tolak job-job seperti ini? Jadi sebab itulah saya terima saja. Ia pengalaman buat saya," ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu pelakon drama Budak Tebing ini berkata, dia berdepan pelbagai cabaran untuk membawa watak yang amat berat iaitu sebagai Alya.

Namun katanya dengan bantuan daripada pelakon berbakat besar seperti Nabila Huda, ia banyak membantu selain menyifatkan gandingan bersama aktres itu ibarat mimpi jadi kenyataan.

"Tak susah untuk bergandingan dengan Abil (Nabila) sebab dia memang idola dan dah lama saya berharap dapat berlakon dengan dia. Ia umpama mimpi jadi realiti. Yang susahnya berlakon filem ini adalah apabila saya terpaksa jadikan diri saya sebagai Alya.

Sampai bila pula saya nak tolak job-job seperti ini? Jadi sebab itulah saya terima saja. Ia pengalaman buat saya.

BELLA DOWANNA

PELAKON

"Saya tak pernah rasa kena rogol dan orang pun taknak rasa kena rogol sebab itu ia susah untuk saya. Parent saya cakap buat sajalah... itu semua lakonan. Mak saya sentiasa ada di set untuk teman.

"Sebenarnya takut jugalah kalau cikgu tengok... takut dan malu sebab nanti mereka cakap apa pula. Kawan-kawan dan cikgu akan faham cuma saya anggap mereka suka menyakat saja," katanya.

Filem M4M4 yang turut menampilkan pelakon Eyra Hazali akan ditayangkan di pawagam mulai 6 Februari ini.

Bella Dowanna, M4M4

Artikel Lain