suria

“Bukan kerana kami benci Sajat!” - Haneesya bidas komen pembela Sajat dapat sokongan netizen

Haneesya turut mengkritik tindakan Sajat yang memakai pakaian menyerupai wanita ketika menunaikan umrah.

MESKIPUN sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, pelakon Haneesya Hanee tidak terlepas daripada mendapat perhatian netizen apabila memberi komen terhadap kontroversi melibatkan usahawan kosmetik Nur Sajat yang memakai telekung ketika menunaikan umrah.

Segalanya bermula apabila seorang wanita menerusi laman Twitter mempertahankan tindakan Sajat yang dianggap berhak melakukan ibadah umrah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia seorang lelaki secara biologinya...” - Bertelekung tunai umrah di Makkah, menteri teliti ‘perjanjian’ agensi pengembaraan dengan Sajat

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat masih di Makkah, agensi umrah arah mutawif ‘slow talk’ - “Kami minta dia ubah penampilan, kembali kepada fitrah”

Menurut wanita berkenaan, orang ramai tidak seharusnya meninggalkan komen buruk terhadap Sajat gara-gara berpakaian menyerupai wanita ketika menunaikan umrah.

Malah, katanya, Allah menerima sesiapa sahaja sebagai tetamu meskipun individu berkenaan adalah seorang pendosa.

Haneesya meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Sajat yang mampu merosakkan ibadah jemaah wanita lain.

"Komen berbaur kebencian dan hinaan terhadap jantina Nur Sajat ketika menunaikan umrah sangat menjijikkan. Kepercayaan agama apa yang dipegang mereka ini sehingga sanggup berkata demikian?

"Saya ingatkan Makkah sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa saja yang bergelar muslim, sama ada mereka yang suci atau pendosa, apa yang buat mereka fikir mereka ada hak untuk menghalang Sajat dari melakukan ibadah umrah? Tuhan lantik anda sebagai penjaga pintu Makkahkah?" tulisnya.

Kenyataan wanita itu kemudiannya mendapat perhatian aktres Haneesya Hanee yang berpendapat tindakan Sajat itu tetap salah lebih-lebih lagi ia boleh mendatangkan kemudaratan terhadap jemaah wanita lain yang mahu beribadah di Makkah.

"Sudah tentu mereka bimbang soal jantina kerana Sajat adalah lelaki. Dalam masjid, jemaah lelaki dan wanita tidak boleh bercampur sebab bukan mahram.

Kalau Sajat jadi perempuan ketika di Makkah bermakna solat jemaah wanita lain terbatal kerana saf terputus dan banyak lagilah. Bukan kerana kami membenci Sajat.

HANEESYA HANEE

PELAKON

"Kalau Sajat jadi perempuan ketika di Makkah bermakna solat jemaah wanita lain terbatal kerana saf terputus dan banyak lagilah. Bukan kerana kami membenci Sajat," katanya.

Walaupun Haneesya sebelum ini sering menerima kritikan namun tindakannya kali ini menerima pujian netizen.

Rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan bekas pemenang Dewi Remaja itu.

"First time aku sokong Haneesya.

"Betul kata Haneesya, aku tak pernah benci Sajat... kali ini aku sokong apa yang dikatakan Haneesya.

Antara posting dimuat naik Haneesya terhadap tindakan Sajat ketika menunaikan umrah di Makkah.

"Jangan biarkan mereka menilai apa yang pernah kamu lakukan sebelum ini. Tak ada modal dah tu. Asalkan kita tahu yang salah tetap salah, dosa tetap dosa. Janji kita tak menghalalkan benda yang haram," tulis netizen lagi.

Pemenang Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 sebelum ini pernah menjadi bualan hangat netizen apabila foto dia memakai gaun pendek paras paha namun menutup kepala dengan selendang merah dikecam netizen.

Haneesya Hanee, Sajat

Artikel Lain