suria

“Beberapa hari lagi AJL, saya hilang suara…” - Aepul Drama Band bimbang kesihatan, peminat kongsi petua!

Aepul bimbang apabila mengalami masalah suara menjelang AJL34.

TIGA hari lagi menjelang malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), vokalis kumpulan Drama Band iaitu Aepul Roza meluahkan kebimbangan mengenai tahap kesihatan dan vokalnya yang terjejas.

Menurut Aepul, dia kehilangan suara pada Rabu lalu dan sedang berusaha dan mendapatkan rawatan untuk memulihkan semula suaranya.

"Beberapa hari sebelum AJL dan saya hilang suara semalam. What a life!," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Drama Band ‘attack’ Aliff Syukri dengan Baby Shima? - “Kalau ada yang terasa, kami minta maaf”

ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Drama Band ‘buat hal’ lagi, kali ini sindir Aliff Aziz curang pula

Aepul berkongsi mengenai tahap kesihatannya itu menerusi laman Twitter.

Lagu nyanyian kumpulan ini berjudul Drama merupakan antara 12 lagu yang tercalon dalam AJL34 yang akan berlangsung Ahad ini.

Peminat berkongsi petua pulihkan masalah hilang suara.

Status yang dimuat naik Aepul itu menarik perhatian pengikut dan rata-ratanya berkongsi petua dan cara mudah untuk memulihkan suara yang hilang.

"Rileks bro! Doa banyak-banyak, telan teh madu bersama limau... semoga cepat sembuh.

"Amalan saya kalau sakit tekak dan hilang suara, makan madu enam atau tujuh sehari, makan sampai sembuh... semoga dipermudahkan!

Drama Band teruja dapat bersaing di pentas AJL34.

"Minum air bawang suam, tumbuk bagi pecah bawang tu dan rendam dalam air panas, suam sikit baru minum, tengok macam mana nanti," komen pengikut.

Selain Drama, lagu lain yang bakal berentap di pentas AJL34 ialah Anta Permana nyanyian Bob Yusof, Sumpah (NaimDaniel), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Ku Bersuara (Ernie Zakri), Bangun (Aman Ra) dan Ragaman (Fairuz Misran).

Manakala Rampas (Akim & The Majistret), Dinda (Kugiran Masdo), Peneman (Hazama The Penglipurlara), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) dan Sumpah (Aina Abdul)

AJL34 akan dipancarkan secara langsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan boleh ditonton menerusi TV3 pada Ahad ini.

Aepul Drama Band

Artikel Lain