suria

Sarah Suhairi kembali tunggang kuda selepas dua tahun berehat - “Saya trauma patah kaki”

Setelah dua tahun trauma kerana patah kaki, Sarah kembali aktif menunggang kuda.

SIAPA sangka penyanyi bertubuh kecil molek, Sarah Suhairi memiliki hobi yang disifatkan cukup mencabar mental dan fizikal iaitu menunggang kuda.

Meskipun pernah berdepan kejadian malang pada empat tahun lalu, Sarah, 20, berkata minatnya terhadap sukan tersebut masih belum padam.

“Sekarang ni saya dah mula addict dengan aktiviti menunggang kuda, saya kembali aktif pada awal tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerana Sarah Suhairi, Andi Bernadee pula kena marah!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ddu Du Ddu Du’ nyanyian Sarah Suhairi dapat perhatian Blackpink

“Kalau nak tahu sebelum ini saya pernah patah kaki kerana menunggang kuda pada tahun 2016, memang serik masa tu... hampir dua tahun saya tinggalkan minat ini.

“Sekarang semuanya dah okay dan perasaan minat terhadap sukan ini datang kembali, sibuk macam mana pun saya akan curi masa untuk buat latihan, sehari sekurang-kurangnya satu jam,” katanya kepada mStar.

Sarah bersaing dalam kategori Dressage, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sarah memberitahu minatnya itu mula timbul apabila bapa memiliki sembilan ekor kuda di ladang mereka yang terletak di Kuala Selangor.

Bagaimanapun, tahun lalu kuda-kuda ini terpaksa dijual, namun itu tidak menghalangnya untuk kembali aktif menyertai hobi tersebut.

“Sebelum ni kami ada sembilan ekor kuda tapi ayah terpaksa jual sebab orang yang diupah menjaga haiwan itu pulang ke Indonesia.

“Tapi itu bukan penghalang kerana saya ada jurulatih sendiri yang akan membimbing dan memberi tunjuk ajar mengawal haiwan ini di Bukit Kiara Equestrian.

Walaupun sibuk dengan persembahan nyanyian, Sarah tetap curi masa berlatih menunggang kuda.

“Setiap kuda ada perangai berbeza, jadi kita kena tahu ‘mood’ masing-masing... sekarang ni tengah belajar lagi!” ujarnya.

Ditanya apakah faktor utama yang perlu difikirkan sebelum menyertai sukan lasak ini, Sarah berkata hal berkaitan kos menjadi keutamaan.

“Di negara kita ini banyak sebenarnya kelab untuk peminat kuda cumanya sukan ini kurang diketengahkan.

“Sebenarnya, benda yang perlu difikirkan adalah mengenai kos... agak mahal sebab tu saya kerja dan kumpul duit untuk beli kelengkapan sukan ini, harga boleh tahan ya!,” katanya.

Sarah Suhairi

Artikel Lain