suria

PU Abu kongsi foto dan nama anak keduanya - “Semoga kehidupanmu memberikan manfaat kepada orang lain”

Abu berterima kasih kepada isterinya kerana melahirkan bayi lelaki mereka.

BERITA gembira buat Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan apabila mengumumkan kelahiran bayi lelaki hasil perkahwinan dengan Hana Azraa.

Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi berkata, bayi itu selamat dilahirkan pada pukul 6.59 pagi, Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Spekulasi semata-mata, mungkin faktor emosi orang mengandung” - PU Abu tenang jawab tuduhan isteri kononnya curang lagi

Abu turut berharap bayi itu menjadi anak yang soleh dan dapat memberi sumbangan kepada agama Islam di masa kelak.

Perkahwinan Abu dan Hana yang juga seorang ibu tunggal pernah menjadi kontroversi tahun lalu.

"Syukur pada Allah! Pada tanggal 1 Februari 2020 pukul 6.59 pagi lahirlah putera aku yang kedua dengan berat 3.12 kilogram.

"Moga menjadi anak yang soleh, kehidupanmu memberikan manfaat kepada orang yang lain dan paling penting dirimu mampu memberikan sumbangan kepada Islam," katanya.

Pendakwah bebas itu turut memuat naik foto wajah bayi mereka di laman Instagramnya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abu turut mengumumkan nama bayi itu iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen.

Terima kasih @hanaazraa kerana kuat untuk melahirkan anak kita. Moga Allah membalas segala keperitan yang dirasai dengan syurga firdaus.

ABU SUFYAN

PENCETUS UMMAH

"Terima kasih @hanaazraa kerana kuat untuk melahirkan anak kita. Moga Allah membalas segala keperitan yang dirasai dengan syurga firdaus.

"Terima kasih mummy. Muhammad Uwais Al-Mateen bin Muhammad Abu Sufyan," katanya.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini kembali diperkatakan selepas Hana mendakwa Abu bermain kayu tiga sewaktu drirnya sedang sarat hamil.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 20 Januari lalu, Abu menafikan tuduhan isterinya dan maklumat yang disebarkan itu hanya spekulasi semata-mata.

Abu mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Pada tahun lalu, Abu menjelaskan dia dan Hana sudah berkahwin di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwa netizen.

Abu pernah berkahwin dengan Ain Afini Latif namun mereka bercerai talak dua pada 16 Mei tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.

PU Abu, Hana Azraa

Artikel Lain