suria

“Cukup! Hentikan cerita fasal dia, kecaman baginya adalah perhatian” - Adam Corrie

Netizen membuat andaian individu yang sukakan perhatian itu adalah Sajat.

PENAMPILAN usahawan kosmetik Nur Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan ibadah umrah menjadi topik hangat di laman sosial setiap hari.

Perkongsian foto dan video di Instagram Sajat yang dianggap telah mencemarkan imej agama Islam menarik perhatian banyak pihak termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan jadi batu api, kawan cerita untuk luahan sahaja” - Adam Corrie nasihat pasangan bermasalah perlu jumpa kaunselor untuk nasihat

Namun menerusi Instagram pelakon Adam Corrie, dia menyeru semua pihak agar berhenti memberikan perhatian kepada mana-mana individu yang tidak menghormati agama.

Adam menyeru semua pihak berhenti memberi perhatian kepada individu yang mencemarkan imej Islam.

Menurut Adam atau nama sebenar Adam Corrie Lee Abdullah, 52, individu terbabit sememangnya gemar mencari perhatian dengan kecaman.

"Hari-hari cerita fasal dia. Cukup! Hentikan beri perhatian kepada sesiapa sahaja yang sengaja cetuskan kemarahan, tak menghormati agama dan sebagainya.

"Jelas dia memang suka akan perhatian. Kecaman baginya adalah perhatian. Hentikan update posting gambar-gambar dan nama dia setiap hari," katanya.

Cukup! Hentikan beri perhatian kepada sesiapa sahaja yang sengaja cetuskan kemarahan, tak menghormati agama dan sebagainya.

ADAM CORRIE

PELAKON

Biarpun status yang dimuat naik itu tidak dinyatakan nama namun netizen dapat meneka individu yang dimaksudkan adalah Sajat.

Mereka turut bersetuju dengan perkongsian Adam dan mengajak semua orang melaporkan dan berhenti mengikuti akaun Instagram Sajat.

"Setuju.. Jangan lupa, tekan report abuse kemudian block. Selesai. Lagi kita biar, tangan tak kecam, mulut kita pula menyumpah, dah dosa lagi.

"Betul abang Corrie... Lagi orang kongsi fasal dia, lagi dia suka sebab satu Malaysia tumpu pada berita dia.

Adam bersama isteri dan anaknya.

"Setuju! Akhirnya ada juga hamba yang menyuarakan seperti ini. Semoga Allah pelihara agama Islam diakhir zaman," komen beberapa netizen.

Isu Sajat dilihat berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah mengundang kecaman netizen sejak minggu lalu.

Seperti tidak endah dengan kecaman masyarakat, Sajat tetap berkongsi foto dan video dia mengenakan jubah wanita dan bertudung di tanah suci.

Adam Corrie, Nur Sajat

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan