suria

“Saya masih mampu bekerja” - Pak Ya akui hidap penyakit kencing manis dan jantung tersumbat

Pak Ya masih mampu bekerja untuk menanggung kehidupan keluarga dan kos rawatan kencing manis yang dihadapinya.

BERDEPAN dengan masalah kesihatan, bukan halangan buat Ilya Buang atau Pak Ya untuk berhenti bekerja.

Pelawak berusia 53 tahun ini berkata, dia masih mampu bekerja untuk menanggung kehidupan keluarga dan kos perubatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu pH air... Ilya, Ropie dan Ajak mohon maaf secara terbuka - “Ia jadi pengajaran buat kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad sedih, terkesan Ilya digam - “Dia masuk MLM nak guna duit untuk rawatan kencing manis”

"Memang saya ada masalah kesihatan dan antaranya kencing manis. Tapi buat masa sekarang saya masih mampu untuk mencari rezeki. 

Ajak, Pak Ya dan Ropie sudah membuat permohonan maaf kepada pihak MBSA.

"Kos rawatan itu pun tidak la sampai membuatkan saya kesempitan sebab saya masih bekerja seperti orang biasa.

"Lagipun, saya bekerja demi mencari rezeki untuk isteri serta anak-anak dan juga duit perubatan kena ada," katanya.

Pak Ya ditemui ketika sidang media khas bersama mStar di Tropicana City Mall, Petaling Jaya pada Jumaat.

Selain kencing manis, saya juga ada masalah salah satu saluran jantung tersumbat sejak tahun lalu.

ILYA BUANG

PELAWAK

Menerusi laporan mStar pada Rabu lalu, Nabil mendedahkan Ilya menyertai pertandingan Maharajaya Lawak Mega (MLM) 2019 kerana ingin menggunakan duit untuk rawatan penyakit kencing manis.

Sebelum ini, Pak Ya meluahkan rasa terkilan apabila namanya didakwa disekat pihak tertentu daripada membuat kemunculan dalam dua episod sitkom Sepahtu Reunion Live 2020 yang bersiaran secara langsung di Royal Teater, Shah Alam.

Isu berkenaan bermula kerana dialog di final MLM 2019 bersama kumpulan Rare yang dikatakan menyindir kerajaan.

Bagaimanapun, mereka bertiga tampil membuat permohonan maaf secara terbuka pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ilya memberitahu dia juga mempunyai masalah saluran jantung tersumbat dan akan menjalani rawatan pada 28 April depan di Institut Jantung Negara.

"Selain kencing manis, saya juga ada masalah pada salah satu saluran jantung yang tersumbat sejak tahun lalu.

"Sepatutnya saya perlu menjalani rawatan dalam masa terdekat tapi doktor kata buat masa kini, masalah saya itu baru 60 peratus.

"Jadi, saya boleh tangguhkan sehingga habis program Sepahtu Reunioun. Insya-Allah 28 April depan saya akan lakukan rawatan di IJN," ujarnya.  

Pak Ya, Kumpulan Rare, Ajak Shiro, Ropie

Artikel Lain