suria

Salah sebut nama Bunga Cinta Lestari detik perkenalan BCL, Ashraf... ini 10 fakta kisah cinta sejati mereka

Perjalanan kisah cinta pelakon Ashraf Sinclair dan isteri, Bunga Citra Lestari.

PEMERGIAN pelakon Ashraf Sinclair meninggalkan kesan cukup mendalam buat isteri tercinta Bunga Citra Lestari.

Hubungan rumah tangga yang mereka bina selama 11 tahun berakhir apabila ajal memisahkan mereka buat selama-lamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari tempah liang lahat untuk dirinya di sebelah Ashraf Sinclair

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masih terkejut...” - Bunga Citra Lestari minta doakan suaminya, jenazah Ashraf Sinclair selamat dikebumikan

Kali ini mStar sediakan 10 fakta menarik mengenai perjalanan cinta Allahyarham Ashraf Sinclair dari Kuala Lumpur ke Jakarta!

1. Ashraf dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, England merupakan anak kepada Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman. Dia merupakan anak sulung daripada tiga beradik, Aishah Jennifer dan Adam.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun.

2.  Ashraf merupakan naib juara Hero Remaja 1997 pada usia 18 tahun. Dia mula dikenali ramai dengan mengacarakan sebuah rancangan televisyen pada tahun 2005 dan menempah nama sebagai pelakon dengan memegang watak Eddy dalam filem Gol & Gincu. Ashraf mencipta nama di negara seberang menerusi sebuah drama berjudul Cinta dan Anugerah.

Keluarga bahagia Ashraf Sinclair.

3. Ashraf dikatakan bertemu Bunga Citra lestari (BCL) pada tahun 2007 ketika penyanyi itu mempromosikan albumnya di Malaysia. Sepatutnya Bunga ditemubual oleh salah seorang pengacara program televisyen namun terpaksa digantikan oleh Ashraf yang juga merupakan pelakon baharu ketika itu.

4. Apa yang lucunya, semasa temubual tersebut Ashraf tersalah menyebut nama BCL sebagai Bunga Cinta Lestari. Gara-gara insiden itu, hubungan mereka menjadi semakin rapat dan dalam diam mereka menjalinkan hubungan jarak jauh antara Kuala Lumpur dan Jakarta.

Kehadiran Noah merapatkan lagi hubungan cinta Ashraf dan Bunga.

5. Setelah setahun menjalikan hubungan cinta, pasangan ini bernikah pada November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Indonesia. Majlis resepsi diadakan sebanyak dua kali iaitu di Malaysia dan Indonesia.

6. Meskipun kedua-duanya bergelar pelakon, namun mereka jarang bergandingan dalam mana-mana produksi. Pasangan ini hanya pernah bersama dalam produksi filem berjudul Saus Kacang yang ditayangkan di pawagam pada Disember 2008.

Pasangan ini tidak malu menunjukkan kemesraan di media sosial.

7. Menimang cahaya mata sulung pada 22 September 2010 merupakan detik paling bermakna buat pasangan ini. Bunga dan Ashraf sepakat menamakan anak lelaki mereka Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

8. Walaupun sudah 11 tahun berumah tangga, mereka tidak malu-malu berkongsi kemesraan seperti pasangan baru bercinta di media sosial. Lebih membuatkan peminat kagum, Ashraf tidak pernah lupa membuat ucapan istimewa untuk isteri tersayang setiap kali ulang tahun perkahwinan mereka.

Peminat puji layanan Ashraf terhadap isteri dan anak.

9. Sama seperti pasangan lain, hubungan rumah tangga mereka juga ada masanya dilanda ujian. Itu diakui oleh BCL yang memberitahu ada kalanya mereka melalui turun dan naik dalam sesuatu hubungan. Bagaimanapun, BCL berkata mereka menyelesaikan setiap masalah secara profesional.

10. Setiap yang hidup pasti akan pergi dan akhirnya perjalanan cinta Ashraf dan BCL berakhir apabila ajal memisahkan mereka. Ashraf menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 40 tahun akibat serangan jantung.

Artikel Lain