suria

Kontroversi cerai isteri kedua talak 3, ini komen Amar Asyraf - “Saya akui ada buat salah... dah minta maaf pada isteri”

Amar memilih untuk mengunci mulut mengenai kontoversi rumah tangganya.

PELAKON Amar Asyraf memberitahu kehidupannya berjalan seperti biasa meskipun terpalit dengan kontroversi menceraikan isteri keduanya dengan talak tiga baru-baru ini.

Amar, 32, bagaimanapun berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana perlu menjaga hati banyak pihak.

“Sekarang saya okay sahaja dan menjalani kehidupan seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Asyraf ceraikan isteri kedua talak tiga - “Saya reda dan tiada dendam tapi tolonglah selesaikan di mahkamah!”

“Sebolehnya saya tidak mahu ulas lanjut sebab takut menyinggung hati orang lain. Jadi saya pilih untuk tidak lagi bercakap hal peribadi,” katanya kepada mStar.

Amar Asyraf ditemui semasa tayangan perdana filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Amar dan isteri kedua, Vivi.

Pada 28 Januari lalu, isteri keduanya iaitu Vivi Jeffry mendedahkan dia sudah diceraikan talak tiga oleh suaminya secara bersemuka ‪pada 4 November‬ tahun lalu.

Bagaimanapun Vivi berkata sehingga kini Amar masih berdiam diri dan enggan bekerjasama untuk menguruskan proses perceraian mereka di mahkamah.

Isteri saya sejak dulu okay dan dia lebih tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi!

AMAR ASYRAF

PELAKON

Sementara itu, Amar memberitahu segala tindakan yang dilakukannya sebelum ini diketahui isteri pertama, Arna Salleh.

Malah, isterinya itu juga menasihati dia untuk tidak lagi bercerita mengenai kisah peribadi kepada umum.

“Isteri saya sejak dulu okay dan dia lebih tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi.

Amar akui Arna mengetahui segalanya sejak dari awal lagi.

“Isteri minta saya jangan kongsi apa-apa cerita sebabnya apa sahaja kebaikan kita buat tetap orang kata kita salah.

“Saya akui ada juga buat salah cuma saya rasa tak perlu nak ulas lanjut dan saya pun dah minta maaf dekat isteri, malah dia izinkan dan tahu apa yang saya buat sebelum ini,” ujarnya.

Amar mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.

Menerusi laporan mStar ‪pada 11 Oktober‬ tahun lalu, Vivi tampil membuka mulut dan mengaku mereka sudah berkahwin beberapa tahun lalu.

Vivi berkata dia terpaksa menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain menyedari statusnya sebagai isteri kedua.

Amar Asyraf

Artikel Lain