PENYANYI Nora Ariffin mengunjungi pusara anak keduanya, Allahyarham Alif Johan bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-21 pada Sabtu. Menurut Nora, perasaan rindu terhadap arwah masih menebal dan tiada apa yang mampu dilakukan selain mengirimkan doa untuk Allahyarham. "Selamat hari lahir yang ke-21 buat anakku, Alif Johan, hanya doa yang mampu mama berikan. ARTIKEL BERKAITAN: “Ada masa saya sedih, tertekan dan menangis” - Nora Ariffin akui kematian suami beri kesan mendalam berbanding anak ARTIKEL BERKAITAN: “Allah uji saya lagi...” - Anak Nora Ariffin meninggal dunia selepas rebah di rumahnya "Maaf mama tak dapat cium dahi Alif lagi, moga tenang di sana bersama papa... InsyaAllah kita akan bertemu lagi. "Mama rindu Alif sebagai anak, teman borak, tengok wayang dan lain-lain, nanti kita jumpa ya," kata Nora menerusi Instagram. Nora ziarah pusara arwah suami dan anaknya. Pada 14 Disember tahun lalu, anak kedua Nora iaitu Muhammad Syakir Alif Johan meninggal dunia secara mengejut apabila tiba-tiba rebah ketika berada di kediaman mereka. Sebelum ini, penyanyi lagu Desa Tercinta ini turut kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017. Sementara itu, dalam hantaran yang lain, Nora memberitahu dia akan terus kuat berdepan kehidupan dan berusaha yang terbaik untuk kebahagiaan anak-anak. Alif Johan anak kedua Nora meninggal dunia pada Disember tahun lalu. Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik foto berada di pusara suaminya itu. "Abang hari ini hari lahir anak kedua kita, Alif Johan tak sempat sambut 21 tahun hari ni. Alif juga sudah pergi meninggalkan kami. Anak-anak lain, Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. "Syukur pada Allah, dengan kekuatan yang diberi, sokongan anak-anak, walau payah perlahan-lahan saya cuba melangkah selagi terdaya menyara hidup dan memberi kebahagiaan untuk anak-anak kita. "We miss you a lot... really miss you, InsyaAllah kita semua dapat bertemu lagi di Jannah... Al-Fatihah Johan Nawawi!," katanya.