suria

Syifa Melvin kesal dituduh ketawakan orang miskin - “Bukan nak menghina, kami pun bukan kaya!”

Syifa tidak bermaksud mentertawakan orang miskin atau kurang berkemampuan.

KEMARAHAN netizen terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Syifa Melvin masih belum reda sehingga memaksanya membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram.

Menurut Syifa, kenyataannya dalam satu video yang tular baru-baru ini telah disalah erti oleh netizen dan dia tidak berniat menghina orang miskin atau penghuni rumah setinggan.

"Saya gelak dalam video itu bukan sebab ketawakan orang miskin duduk PPRT, apa maksud saya apabila kita pakai tudung dengan material cantik dan mewah, di mana pun kita berada kita akan ada keyakinan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin mohon maaf, tiada niat hina golongan setinggan - “Kenyataan saya disalah tafsir, berhenti tambah dosa!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Berhenti panggil Safawi bodoh, anda semua tak tahu cerita!” - Syifa Melvin sedih Safawi Rasid terima kata-kata cacian pada hari lahir

"Itu maksud saya... bukan nak mengutuk atau menghina orang yang tak berkemampuan, kami pun bukan kaya, kalau kaya tak wujud bisnes.

"Tapi orang dah salah tafsir sehinggakan terlalu banyak kecaman diterima sampai orang salah sangka dan timbul fitnah," katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

Syifa membuat rakaman video permohonan maafnya menerusi Instagram.

Sebelum ini, tular rakaman video di laman sosial memperlihatkan Syifa bersama seorang jurusolek sedang membuat tutorial memakai turban.

Kenyataan dan perbualan adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu yang dianggap seakan-akan menghina golongan bawahan mengundang rasa kurang senang netizen.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat lalu, Syifa mengakui kesilapan diri dan membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran katanya itu.

Syifa tidak bermaksud menghina mana-mana pihak.

Mengulangi pendirian yang sama, pelakon drama Sis Cuba ini berharap orang ramai tidak terus menghentam dirinya kerana dia benar-benar tidak bermaksud untuk mengecilkan mana-mana pihak.

"Saya mohon maaf semua orang yang baca dan tengok video tersebar tu pertama kali orang marah takkan terima apa kita terangkan.

'Saya harap orang yang sebarkan video asalnya berhenti tabur fitnah, jauh dari sudut hati saya tak hina sesiapa pun," ujarnya.

Syifa Melvin

Artikel Lain