suria

Suami pelakon veteran Rubiah Suparman meninggal dunia akibat kanser paru-paru

Suami Rubiah menghembuskan nafas terakhir kerana kanser paru-paru.

SUAMI kepada pelakon veteran, Rubiah Suparman iaitu Zahri Mohd Nor meninggal dunia sekitar pukul 5.15 petang Sabtu.

Allahyarham Zahri yang berusia 80 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di USJ, Subang Jaya akibat kanser paru-paru.

Menurut laporan Harian Metro yang memetik anak tirinya, Azida Roselay, Allahyarham Zahari disahkan menghidap penyakit itu penghujung Januari lalu.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian ayah. Ayah disahkan menghidap kanser paru-paru pada hujung Januari lalu.

“Bagaimanapun, ayah tidak menjalani sebarang pembedahan kerana risiko tinggi memandangkan usianya sudah menjangkau 80 tahun.

Rubiah reda pemergian suami.

“Kami sekeluarga sudah bersedia dengan segala kemungkinan apabila keadaan ayah semakin lemah dari hari ke hari. Malah, beberapa hari sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir dia juga dalam keadaan sedar dan tidak sedar,” katanya.

Sementara itu, Azida berkata keluarga reda dengan pemergian bapa mereka itu.

“Alhamdulillah, mak kuat dan reda dengan pemergian ayah. Diharapkan semoga segala urusan berjalan lancar," kata Azida lagi.

Jenazah Allahyarham Zahri akan dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan USJ 22.

Rubiah merupakan angkatan pelakon era 70-an yang banyak membintangi filem dan drama antaranya Bila Hati Telah Retak, Dayang Suhana, Potret Maria dan lain-lain.

DIa juga mengusahakan restoran Puteri yang sangat popular bagi masyarakat di sekitar Lembah Kelang.

Rubiah Suparman

Artikel Lain