suria

Nor Hidayah ambil alih Instagram Abam Bocey, kongsi perkembangan anak

Allahyarham Abam Bocey bersama isterinya Siti Nor Hidayah Mohd Ali.

BALU Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah mengambil alih dan mengendalikan akaun Instagram peribadi arwah yang kini memiliki sebanyak lebih 2.5 juta pengikut.

Nor Hidayah memberitahu perkara itu menerusi satu posting dengan memuat naik foto anak mereka Syed Uthman Hamzah pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Nor Hidayah didakwa tegur ibu mentua jangan makan harta anak yatim - “Ayat itu gores hati saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Walapun seringgit, tetap kena faraid!” - Ali Puteh pelik kakak ipar serah dompet arwah tanpa wang tunai dan kad bank

Hidayah akan beritahu perkembangan anak menerusi akaun Instagram milik Allahyarham Abam Bocey. 

"Assalamualaikum, kepada semua pengikut Allahyarham Syed Umar Mokhtar. 

"Mulai hari ini akaun Instagram ini akan di kendali oleh saya @hidayah_abam," tulisnya.

Hidayah memberitahu bahawa akaun itu akan digunakan untuk memuat naik perkembangan terkini berkaitan anak lelakinya itu.

Dalam pada itu, Nor Hidayah berkata tindakan itu juga bagi mengelakkan akaun itu dilupuskan pihak Instagram jika didapati tidak aktif.

"Saya akan beritahu mengenai perkembangan anak kami di atas permintaan ramai yang mahu mengikuti perkembangan baby Hamzah.

"Terima kasih kepada semua atas doa untuk Hamzah dan memberikan kata semangat untuk kami," katanya.

Nor Hidayah juga memberitahu bahawa nama akaun itu masih mengekalkan nama asal iaitu @abam_bocik.

"Walau bagaimanapun saya akan kekalkan nama @abam_bocik untuk sementara waktu ini sementara menunggu pertukaran nama pengguna baru yang akan diluluskan oleh pihak instagram," jelasnya.

Artikel Lain