suria

Neelofa bakal buat kemunculan di AME2020? Ini komen Astro

Peminat berharap Neelofa akan muncul pada malam AME2020.

HARAPAN peminat untuk menyaksikan Neelofa muncul di pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) yang akan berlangsung pada April depan mungkin dapat direalisasikan.

Bagaimanapun, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad berkata buat masa ini mereka masih belum mempunyai perancangan ke arah itu.

Ini kerana kemunculan istimewa Neelofa pada malam itu tertakluk kepada kesesuaian bekas pengacara MeleTOP itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai penuh pencalonan AME2020, Mira Filzah dan Siti Nordiana ‘sangkut’ empat kategori

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai suka tonton episod zoo mini Afieq Shazwan, segmen #Bizibody tercalon Top 5 Program MeleTOP AME2020

"Kalau Neelofa free malam itu, dia boleh turut serta dan kita mengalu-alukan dia bersama dalam rancangan itu nanti.

"Buat masa ini tiada lagi perancangan untuk dia muncul... namun kemungkinan itu boleh jadi ada!" katanya kepada mStar.

Sebelum ini, peminat menyatakan harapan agar Neelofa dijemput menjadi pengacara bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam AME2020.

Alif Satar akan mengacarakan malam AME2020 bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Untuk edisi kali ini, Alif Satar diumumkan sebagai pengacara ketiga yang akan bersama-sama memeriahkan malam kemuncak.

Ini merupakan kali pertama Alif bergandingan bersama Nabil dan Jihan.

"Saya ditawarkan untuk menjadi pengacara AME2020 sejak Disember tahun lalu. Saya terfikir juga, apa impak sekiranya saya terima dan bagaimana kehendak pihak Astro.

"Jadi, apabila mendapat persetujuan daripada pihak saya dan mereka, saya terima. Ada juga saya lakukan sedikit pengamatan mengenai AME dan pada saya, ia adalah satu acara anugerah yang penuh dengan kekecohan dan meriah,” kata Alif.

Antara selebriti yang tercalon dalam Top 5 AME2020.

AME2020 menyaksikan 15 kategori dipertandingkan dan salah satu rancangan terbitan mStar iaitu #Bizibody tercalon bagi kategori Program MeleTOP.

Bizibody episod Intai Zoo Mini Afieq Shazwan itu akan bersaing dengan empat lagi program iaitu Big Stage Siri 2 Akhir, Gegar Vaganza Siri 6 Episod 7, Maharaja Lawak Mega 2019 Akhir dan Sepahtu Reunion Live 2019 Akhir.

AME2020 bertemakan Epik Glam dengan tagline Yang Epik Yang Legend akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April depan.

Ia boleh ditonton secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori boleh dibuat secara online menerusi laman web www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi Syok serta melalui kiriman SMS bermula Selasa sehingga 12 April pukul 12 tengah hari.

Neelofa, AME2020

Artikel Lain