PENULARAN wabak Covid-19 di Malaysia yang semakin meningkat membimbangkan ramai pihak termasuk penyanyi dan komposer penyanyi Ippo Hafiz. Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 31, berkata, dia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan demi keselamatan isteri yang kini sedang hamil dan anak angkatnya yang masih kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Ippo Hafiz mahu jantina anak jadi kejutan selepas selamat dilahirkan - “Tak kisah lelaki atau perempuan yang penting sihat” "Melihat kes penularan wabak ini semakin meningkat, sudah tentu membuatkan saya berasa bimbang. Apatah lagi, saya mempunyai anak yang masih kecil dan isteri sedang mengandung. "Sebab itu, saya mengambil langkah untuk tidak bertemu dengan ramai orang dan duduk saja di rumah seperti yang disarankan. Tidak mahu mengambil risiko bawa mereka keluar dari rumah. "Kalau ada apa-apa perkara yang penting perlu dilakukan, barulah saya keluar sendirian dan tak akan bawa isteri dan anak. Kita kena beri kerjasama kepada kerajaan," katanya kepada mStar. Sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bridge Keseniaan, Ippo dan beberapa rakan artis seperti pelakon Zara Zya menyertai program Misi Prihatin Covid-19 yang bertujuan mengumpul dana untuk diberikan kepada Sukarelawan menjaga penularan virus tersebut. Ippo dan isterinya, Fara Roslan mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos tahun lalu dan mereka bakal menimang cahaya mata pertama pada Ogos depan. Kita kena beri kerjasama kepada kerajaan. IPPO HAFIZ PENYANYI Ippo mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Cinta Rizky Amanda berusia empat tahun yang dijaga sejak dilahirkan. Untuk rekod, Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah kes wabak Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara. Susulan penularan wabak virus itu yang semakin serius, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula Rabu sehingga 31 Mac depan. Dalam pada itu, Ippo turut berkongsi mengenai lagu ciptaannya berjudul Kita Baik Ramai Orang Sayang khas untuk Allahyarham Abam Bocey yang dinyanyikan oleh Achey dan Fad Bocey. Achey dan Fad akan memberikan sebahagian hasil daripada lagu itu akan disumbangkan kepada balu dan anak arwah Abam. "Lagu ini tercipta selepas arwah Abam meninggal dan atas permintaan peminat arwah juga. Ramai peminat yang meminta saya untuk hasilkan sebuah lagu untuk arwah. "Saya bukan sesiapa untuk beri lagu itu pada Achey dan Fad. Tapi Alhamdulillah, Achey ada membalas komen peminat mengatakan tidak elok membiarkan keinginan itu. "Lirik itu saya cipta berdasarkan komen daripada peminat serta gabungan lirik daripada Achey serta Fad," ujarnya. Lagu tersebut dilancarkan di saluran YouTube sejak Rabu dan kini sudah mencecah 800,000 tontonan serta menjadi trending di Youtube.