PELAKON Wanns Ahmad mengakui berasa kurang selesa apabila ada yang menyamakan dirinya dengan pelawak Zizan Razak. Wanns atau nama sebenar Wan Nursalam Wan Ahmad, 29, berkata ada juga yang menuduhnya sengaja meniru gaya dan suara seperti pelawak terkenal itu. "Setelah lebih lima tahun berkecimpung dalam industri seni... orang masih menyamakan saya dengan Zizan, saya pun tak tahu apa yang sama! ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh akidah terpesong, apa dah jadi dengan Wanns Ahmad? Ini penjelasannya "Ada yang kata saya cuba tiru jadi Zizan, sebenarnya tidak! Kalau yang memang kenal saya dari dulu mereka tahu saya orangnya macam mana. "Sejujurnya saya tak selesa apabila orang samakan saya dengan Zizan, saya tak mahu jadi orang nombor dua," katanya kepada mStar. Antara pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi. Sementara itu, pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi ini berkata dia mahu dikenali dengan identitinya sendiri. Bagaimanapun, dia secara peribadi mengagumi kejayaan dan bakat yang dimiliki oleh pelawak Zizan. Secara peribadi saya nak jadi macam Zizan iaitu berjaya dalam karier seni dan berharap satu hari nanti impian saya itu akan tercapai! WANNS AHMAD PELAKON "Sebagai anak seni, kalau boleh saya nak orang nampak identiti kita sendiri... bakat yang kita tunjukkan. Saya dan Zizan berbeza, masing-masing ada cara tersendiri. "Saya pun kenal Zizan dan dia tahu ada orang samakan kami, dia pun percaya tak ada istilah tiru meniru, malah anggap benda ini perkara melucukan. "Secara peribadi saya nak jadi macam Zizan iaitu berjaya dalam karier seni dan berharap satu hari nanti impian saya itu akan tercapai," ujarnya. Dalam perkembangan yang lain, drama lakonan Wanns iaitu Seindah 7 Warna Pelangi sedang ditayangkan di slot Akasia TV3. Selain Wanns Ahmad, drama itu turut dibintangi oleh Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Raja Atiq dan Elly Mazlein.