suria

Bapa saudara Muaz Mohamed korban ke-7 akibat Covid-19 - “Benda saya paling takut terjadi juga”

Bapa saudara Muaz meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

PENYAMPAI radio Kool FM, Muaz Mohamed memaklumkan bapa saudaranya Idris Atan menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu akibat jangkitan Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh Muaz atau nama sebenar Muazanazzudin Mohamed, 36, menerusi aplikasi Whatapps kepada mStar.

Muaz berkata dia terkejut dan masih tidak percaya jangkitan virus tersebut meragut nyawa bapa saudaranya sepantas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Muaz kongsi pengalaman 36 jam tunggu anak lahir

"Benda yang saya paling takut, terjadi juga, Pak Uda saya iaitu Idris Atan telah pergi selamanya.

"Kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak.

"Moga Mak Uda, Kak Long, Angah dan Lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini... Ya Allah berilah kekuatan kepada mereka," katanya.

Sebelum itu, Muaz berkongsi info di laman Facebook miliknya.

Dalam pada itu, Muaz turut memuat naik paparan skrin mesej di laman sosial yang dihantar oleh sepupunya memaklumkan mengenai berita sedih tersebut. 

Idris yang menetap di Kuala Lumpur dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Rabu lalu.

Sementara itu, Muaz mendoakan semoga roh bapa saudaranya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman.

"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.

"Berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman... Al-Fatihah," ujarnya.

Anak mangsa, Syahirah Idris berkongsi maklumat mengenai bapanya di laman Twitter.

Difahamkan kematian Idris direkodkan sebagai korban ketujuh di Malaysia akibat Covid-19.

Sementara itu berdasarkan info terkini daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham menerusi Facebook, kes kematian ketujuh (kes-290) adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun.

Kata Noor Hisham mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu.

Keadaan kesihatan mangsa kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. 

Dia disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020.

Muaz Mohamed

Artikel Lain