suria

Anak saudara positif Covid-19, Neelofa minta doa orang ramai - “Duduk rumah... kita perangi ini bersama”

Anak kepada sepupu Neelofa dijangkiti virus Covid-19.

PENGACARA Neelofa berkongsi berita sedih apabila anak kepada sepupunya yang baru berusia enam bulan iaitu Noor Sameera Mohd Nazlee disahkan positif Covid-19.

Menerusi Instastory Neelofa memuat naik  paparan skrin perbualan mereka dalam satu group keluarga di aplikasi Whatsapp.

Justeru itu, bekas pengacara program MeleTOP ini meminta pengikutnya mendoakan kesihatan Noor Samera.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa masuk kelas bahasa Indonesia, bakal bintangi filem - “Saya ada cari rumah di Jakarta”

"Kalau ada yang nak tolong doakan... selalu berdoa... doakan sekali anak kepada sepupu saya Miss Noor Cahaya.

"Allahuakbar tak tahu macam mana sebenarnya perasaan seorang ibu apabila mendapat berita macam ini," katanya.

Neelofa berkongsi di Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam perkongsian yang lain pula, Neelofa turut mengingatkan pengikutnya supaya kekal berada di rumah dan bersama-sama membantu membendung penyebaran Covid-19 ini.

Ujarnya, saat-saat getir begini bukanlah waktu yang sesuai untuk masyarakat berbalah di media sosial dan terus mengikuti arahan kerajaan.

Teruskan fokus, duduk rumah, jaga diri dan bersama kita memerangi bersama dan bukan bergaduh antara satu sama lain.

NEELOFA

PELAKON

"Teruskan fokus, duduk rumah, jaga diri dan bersama kita memerangi bersama dan bukan bergaduh antara satu sama lain.

"Apa kata rakyat Malaysia berpuasa sekejap untuk hentam-menghentam, cari salah orang dan post di media sosial.

"Tak mungkin dengan masa sekarang ini usaha yang ramai cuba kongsikan adalah untuk memudaratkan," katanya.

Sehingga kini, empat orang disahkan maut kerana Covid-19,  seramai 1,183 kes Covid-19 di negara ini.

Daripada jumlah itu, 37 kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk mendapat rawatan lanjut.

Neelofa

Artikel Lain