suria

Tiada foto terbaharu, netizen tanya mana anak sulung Izreen Azminda? - “Lama tak nampak Adrian... post la gambar dia kak”

Anak Izreen Azminda tersekat di kampung halaman kerana pelaksanaan PKP.

KETIADAAN foto terkini anak sulung kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Muhammad Adrian Umar di laman Instagram mengundang pertanyaan pengikut.

Menjawab persoalan tersebut, Izreen berkata anak lelakinya itu berada di kampung dan tidak boleh pulang ke Kuala Lumpur kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa bermula 16 Mac lalu.

"Kami dekat KL ni, Adrian tersangkut dekat kampung... hari itu dia balik kampung masa cuti sekolah, sekali kena PKP jadi dia tak boleh nak balik KL," jawab Izreen pada satu komen yang ditinggalkan oleh pengikut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih doakan saya dan baby” - Izreen Azminda, Ude timang anak lelaki

Menerusi ruangan komen, seorang peminat bertanyakan mengenai anak sulungnya itu memandangkan tiada foto terbaharu Adrian dimuat naik di laman tersebut.

"Lama dah tak nampak Adrian. Post la gambar Adrian kak! Dekat KL ke Kedah ni?," tulis peminat.

Sementara itu, setelah sekian lama menutup ruangan komen di Instagram, akhirnya Izreen kembali berkomunikasi bersama peminat.

Izreen jawab komen peminat di Instagram.

Menurut Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam tindakannya itu bagi memberi ruang buat peniaga dalam talian melakukan promosi di akaun media sosial miliknya.

Dalam masa sama, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan ini turut meminta netizen move on daripada kontroversi lalu dan berfikiran positif.

Sebelum ini Izreen memilih untuk menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya selepas terpalit dengan kontroversi berkahwin dengan pemuzik Ude Wahid.

Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim berusia sembilan bulan.

Pada 2012, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Izreen Azminda, Adrian Umar

Artikel Lain