SELEPAS mencetuskan kontroversi merakam video di sebuah hospital, penyanyi Shahir Zawawi dikecam sekali lagi apabila memuat naik foto sedang tersenyum. Shahir menerusi laman sosialnya menjelaskan foto senyum senget itu tidak mempunyai sebarang niat lain seperti didakwa segelintir netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Video Shahir AF rayu simpati netizen dibalas kecaman - “Kalau demam pergi klinik, bukan datang wad kecemasan pukul 2 pagi!” Jelas penyanyi lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ini sebelah mukanya mengalami bengkak dan bernanah. Shahir menjelaskan perkara sebenar di Instagram. "Mungkin ada yang salah faham gambar yang saya post sebentar tadi seolah-olah senyuman sinis. "Tidak... memang bahagian kanan muka saya sebenarnya dipenuhi nanah. Jadi bengkak dan kebas di dalam... sebab tu senyum tu senget. Saya masih dalam tempoh rawatan," ujarnya. Justeru itu, Shahir bertindak memadam foto berkenaan bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan netizen. Tambahnya, niat dia memuat baik foto berkenaan bagi memberitahu dia bukan mengalami demam sehingga terpaksa ke hospital pada awal pagi Jumaat. Mungkin ada yang salah faham gambar yang saya post sebentar tadi seolah-olah senyuman sinis. SHAHIR ZAWAWI PENYANYI "Oleh kerana ada yang salah faham maka saya ambil keputusan untuk turunkan gambar tersebut. "Niat saya kongsi gambar tadi sebenarnya nak beritahu saya bukan demam semata-mata untuk keluar pukul 1.30 pagi untuk mendapatkan rawatan. "Ada yang menyangka saya demam biasa. Cuma dalam kesakitan takdalah kita lempar senyuman," katanya. Pada Jumaat lalu, Shahir meluahkan rasa kesal apabila dia tidak diterima untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas mengalami simptom jangkitan Covid-19. Video Shahir meluahkan rasa kecewa atas layanan sebuah hospital mengundang kecaman netizen. Bagaimanapun tindakan Shahir itu menerima kecaman apabila dia dikatakan tidak sepatutnya merakam video di kawasan tersebut dan memuat naik di media sosial. Shahir berkata perkongsian tersebut bukan berniat untuk memburukkan mana-mana pihak.Dia juga meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan apa yang dilakukannya itu.