suria

“So sweet la korang... nampak sesuai dengan Sufian Suhaimi!” - Jasmine Suraya ulas aksi romantik dalam ICSYV

Aksi romantik Sufian dan Jasmine menarik perhatian penonton dalam program ICSYVMY.

AKSI romantis pelakon Jasmine Suraya dan penyanyi Sufian Suhaimi dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang bersiaran di TV3 pada malam Ahad lalu mencuri tumpuan penonton.

Mengakui teruja dapat bergandingan bersama Sufian dalam program tersebut, Jasmine berkata dia sedar ada peminat mengharapkan hubungan mereka lebih daripada seorang kawan.

"Selepas program itu berakhir, ada penonton yang tinggalkan komen kata kami berdua nampak sweet... sweet ke? mungkinlah kut! Tapi tak ada apa pun, cuma kawan-kawan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baju itu rekaan designer terkenal, mungkin saya perlu lebih berhati-hati” - Jasmine Suraya Chin ulas isu foto baju

"Sebelum rakaman saya tak tahu Sufian adalah artis jemputan, selepas di set baru saya tahu. Jadi kita berbual macam biasa sahaja, borak-borak! Selepas program itu berakhir kami sambung chit chat di Instagram live buat pertama kali.

"Saya akui ada peminat suka kalau kami bercinta, tapi buat masa ni saya tak terfikir tentang benda itu... saya berkawan dengan semua orang, kalau ada jodoh, adalah ya!," katanya kepada mStar.

Jasmine akui selesa berkawan dengan Sufian.

Dalam episod akhir ICSYVMY, Jasmine diundang menjadi panel jemputan bersama pelakon Datuk Fizz Fairuz, Yusry Abdul Halim, Mark Adam dan Jihan Muse membantu artis jemputan menyiasat dan mencari penyanyi sebenar.

Sepanjang program tersebut bersiaran, penampilan Jasmine dan Sufian antara yang menjadi perhatian penonton lebih-lebih lagi mereka sebelum ini pernah digosipkan bercinta.

Dalam pada itu, Jasmine atau nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 30, berkata dia selesa berkawan dengan Sufian kerana karakter ringkas dan bersahaja penyanyi itu.

Instagram Jasmine dibanjiri komen peminat yang mengharapkan mereka menjalinkan hubungan cinta.

"Sejujurnya Sufian seorang lelaki yang sangat simple, baik orangnya. Dia ada karakter tersendiri membuatkan kita rasa senang nak berkawan.

"Itu dari apa yang saya nampak... lagi satu, kalau kita berbual dengan dia terus rasa selesa dan tak kekok," katanya yang mengakui masih bujang dan belum mempunyai kekasih.

Sebelum ini, Jasmine pernah muncul sebagai pelakon dalam muzik video lagu nyanyian Sufian berjudul Janji yang telah dimuat naik di laman Youtube pada Februari lalu.

Jasmine Suraya, Sufian Suhaimi

Artikel Lain