suria

Nana Mahazan sebak imbau kenangan di AF, ada yang nak ludah dan baling batu - “Show banyak walaupun orang kata saya tak boleh menyanyi”

Nana tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika berkongsi mengenai kenangannya di AF musim pertama.

PENGACARA Nana Mahazan sebak setiap kali mengimbau kenangan ketika dia mula melangkah ke industri seni menerusi program realiti Akademi Fantasia musim pertama iaitu pada 2003. 

Pemilik nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 27, berkata pelbagai kecaman yang dilemparkan kepadanya sehingga membuatkan ibunya, Rosnah Harun menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Mahazan sedih kucing kesayangan dijangkiti virus - “Seekor kucing saya kena FIP, koronavirus untuk kucing”

                   

Nana berkongsi mengenai perjalanannya menyertai program AF di Instagram.

"Ada yang kecam kata kalau saya balik Muar, Johor nak ludah. Betapa bencinya. Selain itu, ada yang nak baling batu sebab katanya saya tak patut masuk AF.

"Bila ingat semula, saya pun rasa sedih... Yela, orang tak suka tapi saya faham dan okay. Tapi yang buat saya sedih bila melihat mak yang terpaksa melalui semua itu sepanjang saya dalam AF.

"Orang mengata dan cakap benda tak elok fasal anak dia. Ada ketika mak menangis pukul 3 pagi dan ketika itu usia saya baru 19 tahun dan tak berapa faham lagi.

"Tapi bila saya baca komen netizen ketika itu, barulah saya faham kenapa mak menangis," kata Nana menerusi video perkongsiaanya yang dimuat naik di Instagram.

Buat sesuatu kena ikhlas dari hati dan bila kita baik dengan semua orang, rezeki ada.

NANA MAHAZAN

PENGACARA DAN PENYANYI

Menerusi video tersebut, pengacara programn HTV ini sebak dan menangis ketika berkongsi perjalanannya sebelum dan selepas menyertai program realiti pertama tersebut.

Dalam pada itu, Nana memberitahu tangisannya itu disebabkan dia berasa gembira dengan dirinya sendiri dan bersyukur menerima rezeki yang banyak ketika itu biarpun ramai orang membencinya.

"Saya menangis sebab gembira, saya sentiasa menjadi diri sendiri dan saya beremosi sebab AF menjadikan saya kuat. Satu benda yang saya belajar, kita kena sentiasa menjadi diri sendiri.

"Buat sesuatu kena ikhlas dari hati dan bila kita baik dengan semua orang, rezeki ada. Sejujurnya, ketika itu show banyak gila walaupun orang tak suka dan kata saya tak boleh menyanyi," ujarnya.

Nana Mahazan, AF1

Artikel Lain