suria

Kakak Erry Putra meninggal dunia pada 1 Ramadan - “Pertama kali lalui seorang diri, jangan aku gila dah la selepas ini”

Erry menyiram ari di pusara arwah kakaknya.

RAMADAN yang berbeza dan sedih buat pelakon Erry Putra apabila kakaknya iaitu Rozi Hamzah meninggal dunia pada pukul 1 petang, Jumaat.

Erry, 42, berkata kakaknya sudah lama mengidap penyakit kecing manis dan darah tinggi namun tahun lalu arwah mengalami kerosakan di bahagian organ utama iaitu jantung, hati dan buah pinggang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik baju Melayu 'menyusu anak', Erry Putra cari kelainan

"Arwah ada kencing manis dan darah tinggi dah lama sebab keturunan. Tapi sejak tahun lalu, jantung, hati dan buah pinggang pula rosak.



Erry berkongsi video memperlihatkan dia tidak dapat menahan sebak.

"Selain itu dia ada masalah paru-paru berair. Sepatutnya kaki arwah pun nak kena potong tapi tak sempat. Jadi, banyak organ utama rosak sebab dia sakit.

"Baru-baru ini arwah diserang angin ahmar sehingga menyebabkan badannya separuh strok dan dia tidak boleh berjalan," kata Erry kepada mStar.

Pemilik nama Mohd Razlan Hamzah ini berkongsi berita sedih itu menerusi laman Instagram miliknya.

Jenazah sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sg Sekamat Batu 12, Cheras, Kajang pada petang, Jumaat.

Baru-baru ini arwah diserang angin ahmar sehingga menyebabkan badannya separuh strok dan dia tidak boleh berjalan

ERRY PUTRA

PELAKON

Dalam pada itu, Erry ada berkongsi video dia tidak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika arwah kakaknya masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) zon merah.

"Kakak aku tiba-tiba kembali jatuh sakit dari tadi tunggu kat hospital sampai sekarang seorang masih belum dapat apa-apa perkembangannya.

"Adik-adik nak datang pun tak boleh. Pertama kali lalui seorang diri. Jangan aku gila dah la selepas ini. Gurau saja," katanya.

Erry Putra, Ramadan,

Artikel Lain