suria

Tahniah! Isteri Da’i Farhan kini hamil - “Rasa macam dapat anak pertama saja dia punya teruja”

Erin meluahkan rasa teruja apabila dirinya kini sedang hamil.

ISTERI kepada pendakwah bebas Da'i Nik Ahmad Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin berkongsi berita bahawa dirinya kini berbadan dua.

Erin menerusi Instagram memberitahu, pada mulanya dia menyangka rasa mual yang dialami berikutan sedang berpuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Da’i Farhan dituduh tipu urusan sijil halal Jakim, KKM bernilai RM10,050

Bagaimanapun, dia membuat ujian kehamilan selepas ditegur oleh seorang pekerja stesen minyak.

Erin dan Farhan bakal timang cahaya mata pertama.

"Dah lima tahun tak pernah fikir nak cari benda ini. Tup tup semalam loya-loya muntah ingat sebab angin berpuasa tapi bila adik petrol pum tegur 'akak ok ke nampak macam tak ok saja. Ntah-ntah berisi kot, maklumlah memamg musim dia'.

"Terus gelabah. Pagi ini pergi cari juga benda ini. Rasa macam dapat anak pertama saja dia punya teruja bila dia bagi dua calit kat situ. Alhamdulillah, rezeki Ramadan dan Covid-10.

"Terima kasih bagi semua kena kuarantin ada kebaikan juga ya. Mungkin terlalu awak untuk menunjuk tapi terlalu teruja lain macam sikit sebab dah lama sangat tak dapat berita ini. Minta maaf tau," tulisnya.

Pemilik nama Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, itu turut memuat naik foto ujian kehamilan yang menunjukan dua tanda bermaksud hamil.

Mungkin terlalu awak untuk menunjuk tapi terlalu teruja lain macam sikit sebab dah lama sangat tak dapat berita ini.

NOORAINUL NAQIM MOHD RADZI

ISTERI DA'I FARHAN

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

Sebelum ini, perkahwinan Nik Farhan dan Erin menjadi kontroversi apabila juara program Da'i itu mendedahkan dia sudah menikahi seorang janda anak lapan di Makkah pada November tahun lalu.

Pendedahan Nik Farhan itu mengundang kecaman netizen apabila pernikahan itu didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertamanya ketika itu.

Dr Erin, Da'i Farhan, hamil

Artikel Lain