SELEPAS lama mengunci mulut, pelakon Fikry Ibrahim akhirnya mengakui dia adalah individu yang diarahkan membuat pusingan semula dalam satu sekatan jalan raya, baru-baru ini. Bagaimanapun Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 26, berkata, dia tidak membuat sebarang kesalahan atau melanggar peraturan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen serang IG Fikry Ibrahim, dikatakan keluar rumah tak bawa dokumen masa PKP - “Betul ke awak yang kena u-turn tu?” "Takkan saya saja-saja nak keluar dan membahayakan kesihatan mak saya yang sudah berusia 70 tahun. Saya rasa tak buat salah pun sebab saya masih dalam radius 10 kilometer. Video seorang lelaki yang dipercayai Fikry gagal menunjukkan bukti alamat kediaman dalam sekatan jalan raya tular pada awal April lalu. "Saya seorang diri, keluar membeli barang sahaja. Kalau betul salah, kenapa masa perjalanan saya nak beli barang lalu roadblock yang sama tidak ditahan. "Tapi masa saya nak pulang ke rumah saja ada masalah. Saya faham tugas polis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn. "Kalau tengok video itu, ada batu api. Orang yang rakaman etika itu dekat mana? Siap kata tak lepas kena u-turn, manipulate benda macam itu," katanya. Saya faham tugas polis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn. FIKRY IBRAHIM PELAKON Fikry menjawab persoalan mengenai isu tersebut menerusi sesi IG Live bersama Astro Gempak di Instagram portal tersebut pada Ahad. Menerusi laporan mStar pada 3 April lalu, video memperlihatkan seorang lelaki diarahkan membuat u-turn dalam sekatan jalan raya selepas gagal menunjukkan bukti alamat kediaman menjadi tular di laman sosial. Biarpun wajahnya tidak kelihatan kerana memakai topeng namun netizen mendakwa individu tersebut ialah pelakon Fikry Ibrahim berdasarkan suara serta maklumat yang diberikan kepada polis. Dalam pada itu, Fikry memberitahu dia tidak menyimpan perasaan marah terhadap netizen yang kecam tindakannya kerana memahami situasi ketika itu ramai orang dalam keadaan tekanan. "Saya tak marah pun sebab faham pada ketika itu, orang tengah stress dekat rumah. Cuma saya terkejut ada budak kecil mesej di Instagram maki saya. "Sebenarnya saya tak nak keluarkan kenyataan ketika itu kerana bimbang bertambah riuh. Tak ada apa-apa pun, semuanya hanya salah faham sahaja. "Tapi tak semua orang yang bersangka buruk selepas betul-betul menonton video itu," ujarnya.