SELEPAS berjaya membawakan watak gadis ‘bimbo’ dalam drama Kampung People, pelakon Riena Diana mengakui menerima banyak tawaran lakonan. Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 23, berkata dia tidak menolak setiap tawaran yang datang kerana ingin menyimpan duit untuk membeli sebuah kereta. "Alhamdulillah selepas kejayaan drama Kampung People, orang lebih ramai mengenali saya dan syukur dapat banyak tawaran kerja... cumanya sekarang ni tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi banyak job terpaksa ditangguhkan. ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana tiru slang Inggeris King Coco dalam ‘Kampung People’ - “Tapi kalau suruh cakap macam tu 24 jam... saya pun meluat!” "Alhamdulillah saya anggap itu semua rezeki, bolehlah kumpul duit untuk beli kereta pertama. Riena tangguh hasrat beli kereta pertama. "Kalau ikutkan memang tak sabar sangat nak memiliki kereta ini... rancangannya saya nak beli Toyota CHR tapi sebabkan PKP tangguh dahulu!," katanya kepada mStar. Sepanjang tempoh PKP ini, finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL2017) berkata dia banyak meluangkan masa bersama nenek tersayang di rumah. Riena bersama keluarga tersayang. "Memandangkan saya menetap di Kuala Lumpur bersama nenek jadi memang kebanyakan masa diluangkan bersama... saya tolong masak, cuba-cuba resepi baru, kemas rumah dan buat apa yang patut. "Selain itu, banyak benda baru saya belajar contohnya bersenam di rumah sebab kalau ikutkan saya ni tak suka bersenam. "PKP ini kiranya macam cuti panjang, jadi dapatlah saya tidur lebih lama, sebelum ni selalu sibuk dengan penggambaran susah nak tidur lama-lama," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Riena memberitahu dia bakal menjalani penggambaran drama Kampung People 2 dan mengacarakan program travelog, By The Sea yang akan bersiaran di TV3.