PELAWAK Acong dimasukkan ke Hospital Ampang selepas mengalami tekanan darah tinggi pada Khamis lalu. Perkara itu disahkan oleh isterinya iaitu Marya Zuraida Zahari menerusi laman Facebook miliknya. "Salam semua doakan suami saya Acong Sweetchild cepat sembuh. ARTIKEL BERKAITAN: Acong (Sweet Child) Guna Wang Sendiri Terbitkan Lagu "Petang Khamis masuk wad kecemasan zon kuning BP (tekanan darah) naik tinggi... baru sahaja dipindahkan ke wad. "Kasihan lapar berpuasa tapi kena makan ubat saja, tak dapat nak makan betul-betul," katanya. Isteri maklumkan mengenai keadaan kesihatan Acong. Bersama status yang ditulis itu, Marya turut berkongsi foto keadaan Acong semasa berada di wad berkenaan. Sementara itu, menerusi Astro Gempak, Marya memberitahu suaminya itu mengadu sakit kepala sebelum di bawa ke klinik berdekatan. "Ketika itu kami dalam perjalanan pulang dari Astro, ada rakaman ‘throwback Gegar Vaganza’. Acong kata dia sakit kepala. "Saya terus bawa ke klinik, sebab kalau ikut Acong dia mahu pulang makan Panadol sahaja di rumah. Mujur saya berkeras dan bawa juga dia ke klinik. "Doktor di klinik terus rujuk Acong ke bahagian kecemasan Hospital Ampang kerana tekanan darahnya terlalu tinggi... Alhamdulillah daripada tekanan darahnya lebih 250, selepas dipantau doktor ia turun kepada 123 dan dipindahkan ke wad biasa," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!