suria

Noorkhiriah sedih tak dapat balik kampung bersih kubur bapa - “Siapa yang lalui akan faham macam mana rasanya”

Noorkhiriah rindu nak balik kampung jumpa ibu dan membersihkan kubur arwah bapanya.

MESKIPUN kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan namun ada beberapa perkara yang masih tidak dibenarkan antaranya pulang ke kampung halaman.

Berikutan itu, pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa sedih apabila dia sudah lama tidak menziarahi pusara arwah bapanya iaitu Ahmad Shapie sejak PKP dilaksanakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang degil, Naim Daniel bimbang PKP dilonggar - “Jangan seronok sangat, kita belum menang”

Menurut pelakon drama bersiri popular Nur ini, dia berharap seluruh rakyat Malaysia mematuhi arahan supaya penularan wabak Covid-19 berakhir dengan cepat.



Noorkhiriah berkongsi perkara itu di Instagramnya.

"Yang hidup boleh juga kita hallo, yang dah tak ada, serius akak koyak sebab lama gila tak pergi kubur arwah ayah akak. Siapa yang lalui ini akan faham macam mana rasanya.

"Korang, mana yang dah kerja nanti, elok-elok jaga diri sebab semua atas kita nak menang atau kalah. Akak nak balik kampung jumpa mak, nak pergi rumah arwah ayah akak.

"Maka sama-samalah kita berdoa. Jangan degil dengan kelonggaran ini," kata Noorkhiriah menerusi laman Instagramnya pada Sabtu.

Korang, mana yang dah kerja nanti, elok-elok jaga diri sebab semua atas kita nak menang atau kalah

NOORKHIRIAH

PELAKON

Pelakon yang pernah tiga kali menjulang trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) itu turut memuat naik foto kenangan ketika berada di pusara arwah bapanya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sempena Hari Pekerja.

Pelbagai reaksi dalam kalangan netizen mengenai PKPB yang rata-rata mereka meluahkan rasa kebimbangan dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan.

Hampir semua sektor ekonomi akan mula beroperasi dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bermula Isnin depan.



Noorkhiriah bersama ibunya.

Dalam pada itu, Noorkhiriah memohon maaf kerana tidak dapat melawat dan membersihkan pusara arwah bapanya sepanjang bulan Ramadan seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Nanti saya dengan mak datang bawa sabit, parang dan baldi. Sudah tentu rumput panjang kiri dan kanan rumah pak. Maaf ya puasa tak dapat datang.

"Raya pun sama. Kerajaan cakap tidak boleh balik kampung. Izin Allah selesai semua ini, saya datang kepada ayah. Al-Fatihah," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain