suria

Kecoh fenomena ‘sujud pada Coki’, ‘agama BTS’ di media sosial, Wan Dazrin beri amaran - “Mereka tak selamatkan kita di Titian Sirat nanti”

Wujud dua kumpulan berbeza yang taasub memuja BTS dan Coki sehingga mewujudkan 'Agama BTS' dan 'Agama Coki'.

KUMPULAN K-pop terkenal iaitu BTS dan seorang Instafamous dikenali sebagai Coki menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Populariti mereka akhirnya membawa kepada ketaasuban dalam kalangan peminat hingga tercetusnya fenomena dikenali sebagai ‘agama BTS’ dan 'sujud pada Coki' yang menjadi tular di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong berhenti menipu! Dai Wan tegur Aliff Syukri jual topeng bocor - “Perbuatan jelas haram dan akan jadi bagian dari dosa besar”

Pendakwah bebas Wan Dazrin tampil menasihati dua golongan tersebut selepas menerima pertanyaan daripada pengikutnya di Instagram.

Wan Dazrin berkongsi perkara itu di Instagramnya.

Menurut Wan Dazrin atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Din, agama Islam tidak pernah mengajar untuk umatnya menjadi terlalu finatik dengan sesuatu perkara atau individu.

Kata Wan Dazrin, umat Islam perlu menjaga nama baik agama kerana ketika meniti Siratul Mustakim atau Titian Sirat hanya amalan seseorang itu sahaja yang akan dibawa bersama.

"Kenapa kalian nak sia-siakan waktu kalian macam ini. Dalam Islam tidak diajar untuk bersifat fanatik dan tabsub tidak kisah la BTS, Coki atau siapa saja. Bukan mereka akan menyelamatkan kita di Titian Sirat nanti.

Tapi hari ini kita sendiri sengaja pilih untuk jatuh diri kita ke dalam neraka.

WAN DAZRIN

PENDAKWAH BEBAS

"Bukan mereka yang akan sanggup berikan pahala dan sanggup tanggung dosa kita saat di timbang amal. Tolonglah kalian nampak semua ini. Dunia ini tidak lain tidak bukan, tempat untuk bergurau senda dan bermain.

"Titian Sirat nanti akan menghubungkan amalan kita. Saat di Titian Sirat, bahu kanan akan memegang amanah sebagai seorang beragama Islam. Jaga tanda-tanda Islam kita," katanya.

Wan Dazrin berkongsi nasihat dan pesanan buat mereka yang terlalu taksub dengan BTS serta Coki menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram.

Sebelum ini, kecoh apabila wujudnya dua kumpulan yang berbeza memuja BTS dan Coki menjadi tular di laman sosial.

Coki adalah remaja tempatan yang terkenal dalam kalangan netizen di aplikasi TikTok dan Instagram kerana menghasilkan video slow motion hingga digelar sebagai 'King Slomo'.

Netizen berkongsikan paparan skrin yang mengatakan kewujudan 'agama BTS' itu hanya untuk memburukan peminat kumpulan berkenaan.

Difahamkan ruangan sembang ‘Agama BTS’ diwujudkan oleh haters kumpulan berkenaan yang hanya mahu memburukkan peminat BTS.

Dalam pada itu, Wan Dazrin turut memberitahu seseorang itu akan tergelincir jatuh ketika melintas Titian Sirat kerana sengaja menghumbankan diri ke dalam neraka.

"Ada kemungkinan kita akan tergelincir jatuh di sebelah kanan ketika melintas Titian Sirat. Alangkah kecewa Nabi ketika tunggu di tebing untuk sambut setiap tangan umatnya.

"Tapi hari ini kita sendiri sengaja pilih untuk jatuh diri kita ke dalam neraka," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
BTS, Coki, Wan Dazrin,

Artikel Lain